Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati Rizki mengakui berat badannya kini naik secara mendadak sejak berbadan dua.
Menurut Anim, ini merupakan cabaran yang harus dilaluinya sebagai seorang personaliti televisyen yang harus meneruskan tanggungjawab meskipun sedang hamil.
“Ramai yang dah hampir tak kenal dengan saya. Kena tegur dekat-dekat baru perasan.
“Boot pun dah kena paksa masuk, nak cari baju untuk on air punya lah susah. Sebab badan naik mendadak.
“Ni lah cabaran bekerja time pregnant,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pengacara program, Malaysia Hari Ini itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Anim lagi, dia tidak kisah mengenai perubahan drastik bentuk badannya itu asalkan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Malah, dia turut bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk bekerja meski kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.
“Tapi Im a happy mom-to-be. Sentiasa syukur sebab baby sihat dan semoga terus sihat sampai keluar nanti ok sayang.
“Gemuk ke tak cantik ke semua tu mommy can handle, mommy masih bekerja masa pregnant ni pun dah bersyukur sangat-sangat,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Anim selain turut mendoakan agar segala urusan ketika melahirkan nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Anim telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada tanggal 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki