Memetik laporan Berita Harian, pelakon Mimi Lana mengesahkan hubungannya dengan Syafiq Kyle sudah terlerai sejak sebulan lalu.
Jelasnya, perpisahan yang berlaku merupakan permintaannya selepas mengakui tiada lagi persefahaman antara mereka.
“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.
“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh.
“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.
“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan,” katanya seperti yang dipetik.
Walai bagaimanapun jelas Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, kini dia lebih mudah merancang perjalanan seni selepas berstatus solo.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.
“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya lagi.
Sumber : Berita Harian