Penyanyi senior, Aishah Ariffin meminta semua untuk berpada-pada dalam memberikan kritikan terhadap Mas Idayu selepas timbul dakwaan dia menyanyi secara miming sewaktu membuat persembahan di sebuah program, baru-baru ini.

Menurut Aishah, dia merasakan Mas Idayu bukanlah miming sebaliknya nyanyiannya itu telah diiringi susunan muzik asal yang turut mengandungi audio vokal.

“Guys, bila berikan komen tu, ingatlah ini hanyalah entertainment. Relax la. Bila saya dengar semula persembahan dan tonton temubual Mas Idayu, tekaan saya ialah dia memang menyanyi live tapi full track.

“Maknanya, dia pasang full track dan nyanyi on top. Itu bukanlah miming,” katanya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Tekaan Saya… Mas Idayu Nyanyi Guna Full Track Yang Ada Vokal, Bukan Miming,” – Aishah

Ads

Katanya lagi, teknik tersebut sememangnya biasa digunakan oleh penyanyi lebih-lebih lagi bila mereka menyanyikan lagu baharu atau kurang sihat.

“Kadang-kadang, kita gunakan cara itu untuk membuat persembahan bila kita tak berapa yakin. Seperti yang Mas Idayu ada sebut, itu adalah lagu baharu.

“Selalunya, bila kita menyanyi lagu baharu, kita belum biasa lagi dengan lirik dan akan berdepan cabaran.

Ads

“Bila kita menyanyi live di program, sebagai artis, mungkin kita tidak confident. Kerana itu kita pasang track yang ada vokal. Itu juga yang buatkan penonton keliru.

“Saya juga pernah buat sebegitu terutamanya bila kita tak sihat. Bila tak sihat, kita akan mudah jadi tak yakin dan semangat nak buat persembahan jadi tak best,” katanya lagi.

Lantaran itu, Aishah memohon semua pihak untuk tidak memberikan kritikan melampau yang boleh mengguris hati orang lain.

Ads

“Apapun, kita ni kalau nak komen, biarlah membina dan jangan menghina,” akhirinya.

Sebelum ini, Mas Idayu menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya miming sewaktu menyanyi single terbaharunya yang berjudul, Harum Mekar Dihati.

Menurut Mas Idayu, dia hanya menghadapi kesukaran untuk menghafal lirik memandang ia merupakan lagu baharu dan pertama kali dipersembankan secara langsung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI