“Tekanan Yang Fya Rasakan Melampaui Kemampuan,”- Kecewa Difitnah, Lufya Ulas Hati Wanita Perlu Disayangi

Share

Selepas memuat naik posting perihal masalah rumah tangga yang dihadapi, penyanyi Lufya Omar kemudiannya telah memadam luahan tersebut dan menyifatkan dugaan yang berlaku terlalu berat untuk dihadapi.

Jelasnya lagi, fitnah yang dilemparkan netizen menerusi ruangan komen agak keterlaluan.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada lufya. Tekanan yang fya rasakan melampaui kemampuan lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri.

Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yg mengundang banyak fitnah terhadap dia dan lufya delete posting smlm untuk ketenteraman semua pihak. Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal.

“Don’t take women for granted. Pls understand us, shower us with love and tenderness. Why is it so hard to do that?? Am i not worthy to be loved? I love my family but i need to be happy to raise my child in a good manner. I want her (Laana Haura) to be happy too. Im just a human not an angel,”

luahnya.

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruang Instagram suaminya, Che Hafiz pula, tiada sebarang kenyataan diberikan.

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Foto : Instagram Lufya

Published by
Noraini Abd Wahab