“Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada Jam 9.43 Pagi Tadi,” – Rafidah Ibrahim Maklum Kakak Meninggal Dunia, Al Fatihah

Share

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim memaklumkan kakaknya, Allahyarhamah Norhayati Abd Aziz telah kembali ke Rahmatullah selepas menghembuskan nafas yang terakhir, pada jam 9.43 pagi tadi.

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

“Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Makluman buat semua yg mengenali kakak/ Kak Ngah saya Norhayati binti Abd Aziz (kakak seibu) saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.43 pagi tadi,” tulisnya.

Serentak dengan itu, pelakon berusia 35 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat arwah kakaknya.

Di samping itu, Rafidah mewakili seluruh ahli keluarganya memohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap sepanjang mengenali arwah kakaknya menerusi hantaran yang sama.

“Terima kasih buat semua yg berusaha dari segi medical dan doa yg tidak putus2 buat arwah.

“Saya mewakili seluruh keluarga arwah, memohon ampun dan maaf sepanjang kalian mengenali arwah.

“Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat. #duniasementaraakhiratselamanya,” tulisnya lagi.

Dikesempatan ini juga, kami dari pihak MH mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rafidah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Rafidah Ibrahim

Published by
Nazar Rafiqhi