Bakal menjadi filem biopik terhebat yang pernah dihasilkan anak tempatan, Mat Kilau akan memulakan tayangannya di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun ini.

Buah tangan terbaharu pengarah Syamsul Yusof itu akan mengupas kehebatan serta jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara agar ia dapat memberikan informasi lebih-lebih lagi buat generasi masa kini.

Pelakon Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini

Kehebatan lakonan Adi Putra turut dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang, termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang diterbitkan Studio Kembara itu mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British tersebut turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Ads

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.

Ads

“Filam arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini Telan Belanja RM8 Juta, 100 Hari ‘Shooting’ & Bakal Jadi Filem Biopik Terhebat, Mat Kilau Ditayangkan 23 Jun Ini

Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang.

Ads

British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.  Klik di sini. 

Foto:  Instagram Syamsul Yusof, Datuk Adi Putra, Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI