
Sebuah telefilem berjudul Kasih Tau Foo Fah yang disiarkan di slot Cerekarama, TV3 pada Sabtu lalu ternyata telah mendapat perhatian meluas penonton.
Telefilem yang berkisahkan tentang seorang wanita yang bernama Anis dan merupakan mangsa dalam rumah tangga apabila berkahwin dengan Ramlan, seorang kaki judi.
Selain daripada menghadapi masalah rumah tangga, Anis juga turut terpisah dengan anak kandungnya bernama Fitri selepas cuba untuk melarikan diri daripada dikejar oleh samseng.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap telefilem tersebut penuh dengan mesej yang bermanfaat kepada penonton.
Kasih Tau Foo Fah telah diarahkan oleh pengarah, Raja Mukhriz dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Michael Ang, Shukri Yahaya, Mior Darwish dan ramai lagi.
Video: YouTube TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Bekas ‘Pelacur’ Sendiri Datang Untuk Berkongsi Cerita,” – Rizalman Bongkar Masalah Wanita, Mahu Sehelai Kain Bantu Menutup Aurat Dan Aib

Pencarian personaliti wajah #rihijab membuka mata dan persepktif pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dalam memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi insan bernama wanita.
Jelasnya menerusi laman Instagram, dia cukup terharu apabila wanita daripada segenap pelusuk datang berkongsi cerita.
Malah perkongsian daripada bekas ‘pelacur’ dan bagaimana penerima wanita sekeliling membuatkan dirinya sedar, Allah itu Maha Pengampun.
“Lepaih habeh pencarian personaliti2 wajah #rihijab haghi tu.. cek balik dan cek jadi bengong sat apabila sesi tersebut menjadi bongkaran masalah masyarakat pada figura bergelar WANITA. Betapa selama ini kaum Hawa itu adalah satu kaum yg Allah cipta sememangnya untuk melengkapi para Adam.
“Saya mahu kempen ini meraikan dan menampilkan individu2 hebat yg bakal mewakili wanita muslim seluruh dunia sebagai contoh terbaik yg pernah kita dengar dari cerita2 para2 isteri Baginda Rasullullah SAW. Malah yg paling saya terharu hingga ada bekas ‘pelacur’ sendiri datang untuk berkongsi cerita beliau untuk dijadikan teladan pada kami semua pada hari itu.. tatkala beliau menceritakan apa yg terjadi pada kisah beliau.. wanita2 lain tampil ke arahnya dan berpelukkan (Allah itu Maha Pengampun) Suatu sight yg cukop hiba,” kongsinya.
Tambahnya lagi, dia berharap agar pelancaran hijab yang bakal keluar tidak lama lagi dapat membantu wanita menutup aurat dan aib diri, sekaligus mengangkat martabat seorang wanita.
“Semoga sehelai kain berpotongan segi empat yg bakal keluar ini akan membantu anda menghijabkan segala aurat dan aib anda, sekaligus mengangkat martabat sebagai wanita muslim sejati yg cukop patuh pada perintah Allah dan tidak ada lain yg kita kejar di Akhirat melalui isi Dunia ini hanyalah Syurga Nya semata mata.
#rihijab 2 April 2020,” ulasnya lagi.
Menerusi video yang dimuat naik juga, ditonjolkan bagaimana seorang ibu yang menghadapi masalah tulang belakang sehingga sukar berjalan selepas melahirkan anak dan bagaimana seorang wanita yang menjalani kehidupan dengan hanya mempunyai tujuh jari.
View this post on InstagramA post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Terdahulu, Rizalman mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya.
Foto : Instagram Rizalman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadikan Aku Orang Yang Sentiasa Bersyukur,” – Selamat Hari Lahir Tok Ti!

Genap 41 tahun pada tanggal 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran di laman Instagram miliknya.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini memanjatkan doa agar dia sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersujud kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku, adik beradikku,
anakku, kasih sayang orang terhadapku.
“Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu. Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini….Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah .. Aamin ya rab..Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
“dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan”,” kongsi ibu kepada Siti Aafiyah ini.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Penyanyi ini turut diraikan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan teman rapat.
Selamat hari lahir Tok Ti.
Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Jumpa Oki Setiana Dewi, Hadir Beri Ceramah Di Majlis Ilmu Anjuran Isteri PU Riz Itu

Neelofa dirakam bertemu dengan figura popular Indonesia, Oki Setiana Dewi yang diundang khas sebagai tetamu jemputan program bual bicara, Next To Neelofa.
Malah, beberapa sedutan temu bual mereka turut dikongsikan wargamaya di media sosial.
Malah lebih menarik, majlis ilmu Hijrah Cinta 2.0 yang dianjurkan Pertubuhan Kasih Neelofa turut menjemput Oki Setiana Dewi untuk menyampaikan ceramah.
Malah, keberadaan rakan selebriti lain yang sama-sama menyertai sesi usrah tersebut turut menerima reaksi positif peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI