
Melayangkan status Twitter sebentar tadi, Aeril Zafrel memuat naik sekeping gambar dengan tulisan ‘tell me something I don’t know’.
Aeril dengan yakin menulis “earth is flat not sfera” sebagai menyambut kisah tular seorang selebriti yang mengatakan bumi adalah leper.
earth is flat not sfera https://t.co/82Ogv16M8O
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) February 15, 2019
Terhibur dengan sikap seloroh pelakon itu, netizen menambah ‘perasa’ dan memberi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.
Kata netizen, flat itu rumah kau.
Malah, lebih lucu apabila kata netizen, earth itu asalnya dari Indonesia.
Ada juga yang mempersoalkan, jika bumi leper, air laut akan jatuh ke mana?
Foto – Twitter Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Persis…”- Hafeez Mikail Kongsi Gambar Masa Rambut Panjang, Netizen Kata Macam Noh Hujan!

Pelakon Hafeez Mikail atau nama sebenar Muhd Hafiz Bin Muhd Zaki telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah berkongsi gambar ketika dia berambut panjang bersama pengikutnya di Instagram.
“Should i grow it back?” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail) on
Lantas, netizen merasakan wajah Hafeez persis seperti vokalis kumpulan Hujan, Noh setelah melihat gambar tersebut.
“persis Noh Hujan”
“kembar Noh” tulis netizen.
Disamping itu, pelakon yang pernah membintangi dalam sebuah drama bersiri ‘Tiada Arah Jodoh Kita’ telah bertanya pendapat kepada peminatnya jika dia mengubah imej berambut panjang.
Lalu, rata-rata netizen ada yang bersetuju dengan kata-kata Hafeez begitu juga sebaliknya.
Foto : Instagram Hafeez Mikail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ruhainies Perjelas Isu Jam Tangan Mewah RM17k, Kekasih Yang Bagi…Tak Kan Nak Tolak?

Selepas menjadi isu hangat mengenai jam tangan yang dipakai pelakon Ruhainies yang dianggarkan bernilai lebih RM17,000 seperti hangat diperkatakan pengguna laman sosial, bintang berkenaan mengakui ia merupakan jam tangan lama yang sudah sering dipakainya.
Cuma entah mengapa, jam pemberian kekasih itu menjadi bualan sejak akhir-akhir ini.
Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, jam itu adalah hadiah daripada kekasihnya, Mr E bersempena hari jadinya tahun lalu.
“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan.
“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.
“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja,” terang Ruhaninies.
Pada masa sama, pelakon drama Jejak Karmila turut berkongsi khabar gembira apabila kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan itu pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.
Ia sebagai simbolik kepada cinta yang terjalin di antara mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.
“Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, saya nak dahulukan kakak, Risteena. InsyaAllah, majlis perkahwinannya berlangsung November ini.
“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila.
“Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” akhirinya.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Adakah Ini Contoh Seorang BAPA?,”- Tak Lawat & Tak Bayar Nafkah Anak, Elly Mazlein Tempelak Bekas Suami

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, penyanyi yang terkenal lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dan sedih terhadap bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.
“Adakah ini contoh seorang BAPA ?#TakBertanggungjawabKepadaAnak#TidakDatangMelawatAnak#TidakBayarNafkah#DanSekarang#Ermmmmmm#LengkapKauNi#HebatnyaKamu#YakinnyaKamu”tulisnya.
Kongsi Elly, bekas suaminya itu didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anaknya, Sefhia.
Lalu, perkongsian penyanyi yang berusia 38 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminatnya.
Di samping itu, peminat telah menasihati Elly untuk sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elly dan Azmi telah berkahwin pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.
View this post on Instagram❤ Soon???? . #Rita #Dosatakdiiktiraf #Tv3 #TelemovieRaya #jspictures???
A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Foto : Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI