Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo telah meraikan ulang tahun hari jadinya malam tadi.
Bertemakan back to school, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya telah meraikan ulang tahun yang ke-53 tahun bersama kenalan rapat, rakan artis dan kru produksi JS Pictures.
Antara selebriti yang hadir bersama memeriahkan lagi majlis tersebut adalah Zara Zya, Azira Shafinaz, Aliff Satar, Ayda Jebat, Naim Daniel dan Ozlynn serta suaminya, Johan.
Malah, Sheila yang tampil berpakaian pengawas sekolah, tampak lebih muda telah menarik perhatian ramai meski usianya mencecah 47 tahun.
Serentak dengan perkongsian tersebut, netizen turut berdoa dan memberi ucapan dedikasi hari jadi buat Jinggo.
Foto : Instagram Zara Zya, Sheila Rusly