Sementara itu, Fasha menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Aktres tersebut kini bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dan keduanya diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.
Bersempena ulang tahun perkahwinan, pelakon Aidil Aziz ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga merupakan aktres terkenal, Fasha Sandha.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aidil memanjat rasa syukur apabila mahligai cinta yang dibina bersama Fasha kini sudah genap menjangkau 4 tahun.
Di samping mengimbau kembali foto perkahwinan, Aidil menyifatkan, memiliki Fasha sebagai isteri adalah perkara terindah.
“Happy anniversary sayang yang ke-4. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kurniaan yanb Allah berikan pada i. Memiliki you adalah hal yang terindah & sempurna dalam hidup,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap agar rumah tangganya bahagia harmoni dan mendapat rahmat Yang Maha Esa.
“Semoga Allah terus tambahkan lagi rezeki kebahagiaan & cahaya mata pada kita di masa kini & mendatang.
“Terima kasih untuk segalanya isteriku @fashasandha. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kita sampai ke syurga.Aamin,” tulisnya lagi.
Gaga berjaya merangkul Oscar menerusi Lagu Original Terbaik, Shallow. Meskipun tewas dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik kepada Olivia Colman menerusi filem The Favourite, namun persembahan ikonik Shallow bersama Bradley Cooper turut menjadi perhatian, ibarat ‘pemenang’ utama di hati peminat.
Muncul secara mengejut daripada tempat duduk ke atas pentas tanpa sebarang pengumuman, persembahan ini mendapat pengiktirafan tertinggi daripada peminat.
Tepukan bergema walaupun kedua-duanya sudah pulang ke tempat duduk masing-masing.
Untuk pertama kalinya juga, tiada pengacara untuk mengendalikan anugerah, sebaliknya majlis dilangsungkan dengan kesinambungan persembahan nyanyian dan monolog seterusnya kepada pengumuman pemenang.
Jom kita lihat senarai pemenang tahun ini.
Pelakon Lelaki Terbaik – Rami Malek (Bohemian Rhapsody)
Pelakon Wanita Terbaik – Olivia Colman (The Favourite)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mahershala Ali (Green Book)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Regina King (If Beale Street Could Talk)
Lagu Original Terbaik – Shallow (A Star Is Born) muzik dan lirik oleh Lady Gaga, Mark Ronson, Anthony Rossomando and Andrew Wyatt
Filem Animasi Terbaik – Spider-Man: Into the Spider-Verse
Filem Terbaik – Green Book
Foto – CNBC, Instagram The Academy, Cosmopolitan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Meerqeen berbangga apabila wajahnya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw, bersebelahan menara TRX bermula hari ini.
Pertama kali menjadi wajah wakilan bagi jenama pakaian tempatan popular Elrah Exclusive, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu dilihat turut berswafoto dengan iklan yang memaparkan figuranya.
Dalam pada itu, jenama berkenaan mencipta rekod sebagai label tempatan pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.
Menurut pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan bersama.
Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.
“Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.
“Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.
“Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” katanya.
Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular lain seperti Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain Meerqeen.
Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.
“Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED
“Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.
“Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia,”katanya lagi.
Persalinan berkenaan dijual serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu) dan pihaknya menyasarkan keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!