Pelakon jelita, Fasha Sandha telah memuat naik satu video bersama dengan tunangnya, Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon.
Dalam video yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Fasha Sandha imbas kenangan dia bersama Aidil Aziz ketika kali pertama dating.
“Takyah nak order banyak sangat.. sape nak makan? Ni la tempat pertama kali kami dating.. date apa? Tanya pakngah….dia berpeluh teruk masa tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Sementara di ruangan komen pula, rata-rata peminat berdoa agar pasangan selebriti ini bakal melangkah ke fasa perkahwinan.
Pasangan ini telah bertunang pada 18 November 2018 yang lalu dan dijangka bakal melangsungkan majlis perkahwinan dipenghujung Februari atau Mac tahun ini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ringankan Beban, Bantu ‘Gelandangan’ Netizen Doakan, Iman Troye Murah Rezeki!
Isi Kandungan
ToggleSiapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya, telah berkongsikan sebuah hantaran video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Netizen Puji Usaha Murni, Iman Troye!
Hasil penelitian, MH mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif serta semangat agar Iman kekal istiqamah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Sumber: Instagram Iman Troye
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Yang Menyedihkan Serta Sukar Buat Saya…” – Kasih Seorang Adik, Aishah Sinclair Buat Abang Yang Pulang Ke Rahmatullah
Pelakon dan penyampai radio Aishah Sinclair meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian abang tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada 4.51 pagi, pada Selasa.
Menerusi Instagram milik Aishah, penyampai radio ini mendoakan agar roh arwah abangnya berehat dengan tenang.
“Tempat berehat terakhir buat kamu (arwah). Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arwah abang saya.
“Ia hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga pernah lalui.
“Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sedih dengan pemergian selamanya bintang filem Gol & Gincu itu.
Pada masa sama, netizen tidak putus-putus menitipkan ucapan salam takziah kepada Aishah sekeluarga.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, petang semalam.
Ashraf meninggalkan seorang balu, pelakon Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Aishah Sinclair
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Berhenti Usaha Kerana Mulut Orang,” – Elizad Syukur Bapa & Mentua Tak Soal Fasal Zuriat, Nasihat Jep Buat Ramai Tersentuh
Semalam, stesen radio, Sinar FM ada berkongsi sebuah video menyentuh jiwa mengenai luahan seorang pendengar yang akhirnya dikurniakan zuriat selepas lima kali mengalami keguguran.
Namun, individu yang dikenali sebagai Kak Dian itu akui agak ralat kerana ibu dan bapa mentuanya telah terlebih dahulu meninggal dunia dan tidak berkesempatan untuk melihat wajah cucu mereka.
Antara yang turut menzahirkan rasa sebak selepas mendengar luahan tersebut termasuk pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin.
Menurut Elizad, kisah Kak Dian ini sangat dekat dengan dirinya yang sehingga kini masih berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Elizad turut bersyukur kerana dikurniakan bapa dan mentua yang sangat memahami mengenai keadaannya itu.
“Orang tak tahu betapa susahnya kita pergi berubat dan ikhtiar. Kalau ikutkan, tahu’ depan merupakan hampir 10 tahun saya berkahwin. Mungkin belum ada rezeki.
“Namun, yang paling saya kagum adalah mertua dan bapa saya tak pernah tanya bila saya nak ada anak. Kalau ikutkan, dalam adik beradik saya, mereka semua punyai anak yang sangat ramai tapi saya seorang sahaja yang belum ada anak,” katanya.
Pada masa sama, penyampai program Pagi Di Sinar ini juga turut tumpang gembira dengan kisah pendengar tersebut.
“Bapa dan mentua saua tak pernah desak. Jadi, bila pendengar kita berkongsi kisah ini, saya tahu dia ingin tujukan kepada mentua tapi tak kesampaian.
“Namun, bila Allah kurniakan cahaya mata buat dia, bayi tersebut ibarat pengganti untuk menjadi penyeri keluarga,” kongsinya lagi
Pada masa sama, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu turut menitipkan nasihat buat Elizad agar tidak berhenti berusaha hanya kerana terkesan dengan mulut orang sekeliling.
“Pengajarannya adalah asalkan kita tak putus asa. Selain kita berdoa dan tawakal, usaha itu jangan berhenti kerana dek mulut orang.
“Ijad berusaha dan berikhtiar sahajalah. Yang selebihnya kita berserah. Jangan pula Ijad putus asa bila dah 10 tahun mencuba pelbagai cara.
“InsyaAllah, ada rezeki nanti tu. Tepat pada masanya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh selepas mendengar nasihat daripada Jep selain turut mendoakan semoga Elizad diberikan rezeki untuk dikurniakan zuriat.
“Bagus nasihat Jep. Moga Allah kurniakan rezeki zuriat soleh solehah buat Elizad.
“Semoga terus menjadi wanita yang sentiasa memberikan inspirasi kepada orang ramai.
“Dapat mentua yang baik pun adalah satu rezeki.
“Mana tahu asbab kesabaran Elizad dan suami, Allah nak hadiahkan syurga tanpa hisab buat kalian.
“Mendengar kata-kata Jep yang penuh perhatian. Sedap ayatnya. InsyaAllah Allah mendengar doamu,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Sekadar informasi, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Siti Elizad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI