“Temui Jodoh Lewat Pada Usia 40 Tahun, Dapat Zuriat Selepas 10 Tahun,” – Adam Corrie Lee Nasihat Sentiasalah Bersangka Baik

Share

Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi cerita sekaligus mengimbau kembali kenangan perjalanan hidupnya setelah hampir 15 tahun memeluk agama Islam.

Menerusi video asal melalui TikTok itu, ia merakamkan momen bersama isteri, Fazima Mohd Fuad bersama anak mereka, Adam Fateh.

“Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang lurus. Kembali kepada fitrah kembali kepada Islam pada usia hampir 40 tahun.

“Temui jodoh juga di usia lewat pada usia 40 tahun. Dapat zuriat selepas 10 tahun. Cepat atau lambat bukan hal yang utama. Yang penting doa usaha & tawakal.

“Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah Senyum selalu. Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” tulis bintang KL Gengster ini pada ruangan kapsyen.

Imbas kembali, Adam secara rasmi memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

Selepas itu, Adam mendirikan rumah tangga bersama Fazima pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Fateh Lee.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Nazar Rafiqhi