Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta. Tidak terkecuali pasangan merpati dua sejoli To’ Puan Syamim Mohd Farid dan suami Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, adakalanya diasak dengan persoalan bila mahu menimang cahaya mata, namun tak mudah melatah bekas Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu lebih senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Tenang Respon Soalan Tentang ‘Cahaya Mata’
Terdahulu, pelakon dan pengacara jelita itu pernah berkongsi mengenai perkara sama selepas ditanya mengenai hal anak menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories miliknya.
Ads
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye? I wish can be like you,” tulis seseorang di laman Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Terserlah kematangan dan kredibiliti jelitawan To’ Puan Syamim yang sering mendapat julukan wanita anggun dan ramah tika berbicara menyusun kata.
Ads
To’ Puan Syamim Farid Tak Pernah Tinggalkan Doa Ini!
Lebih menarik lagi, menerusi perkongsian sama To’ Puan Syamim turut berkongsikan satu doa harian yang sering diamalkan olehnya ketika seorang pengguna Instagram lainnya bertanyakan perihal amalan seharian yang tidak pernah ditinggalkan oleh wanita berusia 33 tahun itu.
Ads
Sekadar recap, To’ Puan Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekali gus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To’ Puan Syamim Mohd Farid.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pengarah terkenal negara, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.
Berita tersebut turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.
“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
“Maklumat awal, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya menerusi satu kenyataan.
Justeru, seluruh barisan kepimpinan Seniman Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian yang mengejutkan itu.
“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.
Sementara itu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi beberapa selebriti tanah air seperti Zul Ariffin, Didie Alias, Zalif Sidek dan ramai lagi di Instagram.
Untuk rekod, Mamat sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 lalu akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Allahyarham yang juga adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan serta lima cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyampai radio, Fizi Ali ada menitipkan dedikasi istimewa buat rakan baiknya, Issey Fazlisham yang berasal dari Kelantan.
Issey menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 tahun.
Sambil memberikan ucapan, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut mendedahkan situasi yang pernah dihadapinya.
“Saya orang KELANTAN mesti ada je orang yang pandang serong. Jangan kawan dengan KELANTAN nanti makan diri.
“KELANTAN waktu jumpa sesama geng akan lupa kau..dulu mmg bila jumpa orang KELANTAN abam jauhkan diri..termakan kata orang2 yang selalu buruk kan KELANTAN,” akuinya seperti yang dikongsi menerusi Instagram.
Bagaimanapun persepsi itu akhirnya berubah apabila bertemu dengan rakan penyampai radio itu.
“Bila kenal orang bernama issey ni baru abam sedar jangan pandang luaran tapi pandang hati budi..semua negeri ada yang baik dan tidak.
“Jangan sebab dia KELANTAN korang pulaukan dia..btw hari ni birthday issey..terima kasih banyak ubah pikiran orang tentang kelantan.
“Terima kasih untuk jadi sahabat yang baik…kitaorang doakan terbaik untuk ko…cepat gaiss wish birthday issey…
@isseyfazlisham,” kongsi Fizi lagi.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat Issey dan tak kurang yang turut memberikan pendapat mengenai perkongsian suami pelakon, Shakilla Khoriri ini.
Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara senior, Aznil Haji Nawawi sebentar tadi ada melakukan sesi live di akaun Instagram miliknya.
Sesi live itu antara lain turut memberi komen mengenai isu penarikan gelaran Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanee.
Ketika Pak Nil bersiaran langsung, Pak Nil memberikan pendapatnya mengenai isu ini.
“Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan? Siapa yang tak pernah buat silap?
“Bagus untuk kita mengaku kesilapan kita. Hanee telah mengaku kesilapan dia dan kita tak sedar pada masa yang sama kita telah melakukan satu kesilapan iaitu menghukum kesalahan orang lain. Menghukum orang lain juga merupakan satu kesalahan ya,” katanya.
Dalam daripada itu, Pak Nil juga menasihati Haneesya untuk terus bangkit dan memperbaiki kesilapan yang lalu.
“Hanee, Awak masih terlalu muda kesilapan pasti berlaku cuma bagaimana kita bangun dan membetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya”
“Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak sorang, buat orang lain jugak belajar dari silap itu”
“Awak membesar tanpa ayah di sisi, mungkin tiada figura ayah utk menegur tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran, Learn n Move On” – katanya pula menerusi Instastory.
Pak Nil juga menasihat kepada netizen untuk bersikap rasional dan tidak bertindak menghukum kepada Hanee atau sesiapa pun.
Untuk rekod, Pak Nil adalah salah seorang juri jemputan untuk Finalis Dewi Remaja 2018/2019.
Foto : Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...