Selepas hampir 40 tahun bertapak dalam industri seni, Datuk Sheila Majid melahirkan perasaan terharu dan bersyukur kerana lagu-lagu nyanyiannya masih lagi menjadi siulan ramai.
Malah, Sheila, 58, gembira apabila Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang dijayakannya dibanjiri lebih 3,000 peminat termasuk daripada golongan muda.
“Sekarang saya tengok ramai budak-budak muda juga yang layan (lagu-lagu saya).
“Dulu kan selalu mak-mak dan bapa-bapa mereka sahaja tapi sekarang saya tengok ramai budak muda.
“Mungkin bila ada festival, DJ selalu mainkan lagu Sinaran, mereka remixkan dan ia secara tidak langsung memberi nafas baru buat kerjaya saya and in a way it will keep my career longer,” katanya kepada MH.
Sheila ditemui sebaik usai menjayakan Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.
Memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam, Sheila yang tampil anggun dengan dua persalinan menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Pengemis Muda, Gerimis Semalam, Rahsia Hati, Ku Mohon, Antara Anyir & Jakarta, Aku Cinta Padamu dan lagu yang paling ditunggu-tunggu ramai, Lagenda serta Sinaran.
Sheila turut mendedikasikan satu segmen khas di mana dia menyanyikan beberapa lagu medley nyanyian Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Getaran Jiwa, Aduh Sayang, Bunyi Gitar dan Manusia.
Sheila menampilkan kelainan dengan membawakan barisan 20 pemuzik yang terdiri daripada pemain saksofon, piano, trumpet dan keyboardist mengiringi persembahannya itu yang diketuai oleh pengarah muzik tersohor Mac Chew.
Menariknya lagi, Sheila turut berkongsi dengan mengimbau kenangan di mana Dewan Merdeka merupakan venue konsert pertamanya pada tahun 1988 dan bersyukur dapat kembali semula ke lokasi sama selepas 35 tahun berlalu.
“Buat anda yang tidak tahu, Dewan Merdeka ini merupakan lokasi konsert pertama saya pada tahun 1988. Rasa gembira dapat kembali semula ke sini.
“Kalau siapa yang pergi konsert itu dan malam ini dia pun berada di sini, anda semua mesti sudah berusia 45 tahun ke atas kan,” seloroh Sheila disambut tawa para penonton.
Konsert Sheila Majid & The Big Band dibawakan penganjur JioBuddy dengan kerjasama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Jio Buddy & Echolaliapictures.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Bunga Isme yang sebelum ini ada meminta bantuan ramai untuk membantunya mencari kucing peliharaan yang diberi nama Tatang selepas hilang pada hari Ahad mendedahkan dia sudah ikhtiar menjejaki Tatang.
Dalam satu hantaran terkini melalui video di Instagram, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari dilihat sebak dan berkongsi momen istimewanya bersama kucing kesayangan.
“Dah round taman berkali-kali, mummy cari awak kat celah longkang, lorong, semak samun, kene kejar dengan anjing, tanya kawan kawan awak mana awak, masih tak nampak awak tatang.
“Balik lah tatang. Mummy rindu. Maktok rindu. Mummy effa rindu. Balik lah. Kalau ada orang jagakan awak, jagalah elok elok dan pulangkan lah awak kt mummy. Balik lah tatang, mummy tunggu awak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Beberapa hari lalu, Bunga ada mendedahkan, kali terakhir Tatang dilihat adalah di sekitar Seri Kembangan.
Sehubungan dengan itu, dia penyanyi lagu Bunga turut menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM500 kepada sesiapa yang menjumpai haiwan peliharaan berkenaan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Bunga Isme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengambil pengalaman bersalin daripada rakan selebriti Sari Yanti dan Ardell Aryana, penjaga gol futsal kebangsaan, Niena Azman akui bukan mudah melahirkan anak.
Malah, setiap anak yang dilahirkan mempunyai pengalaman yang berbeza.
“Nervousnye, bru-bru ni tgk story kak @sariyanti time nk deliver baby even yg
“Ke-4 pn still bkn perjalanan yg senang and tambah nervous bile bru2 ni scan, jd 50-50 boy or girl.
“Baju dh beli, nasib niena pilih putih dan coklat tp..tp..tak kisah boy or girl yg penting Baby B sihat.. congrat kak sariyanti dpt baby boy and berjaya mengharungi saat2 getir.
“.. @ardellaryana pn sama, almost 16hours.. musim covid ni pulak En.Mi x boleh all the time kt sisi, mcm time Adith.. awal2 lg Dr.Yuli dh bgtau.. fuhh.. kalah rasa nk jaga penalti ni, doakan kami ya!,” tulisnya.
Jelas Niena, jantina kandungannya kini masih menjadi tanda tanya kerana tidak dapat dilihat jelas ketika melakukan pemeriksaan.
“Niena tak sempat buat 4D sbb untuk buat 4D/5D kene bawah 32 atau 29 minggu tak silap sebab time tu baby dah besar.
“Kebetulan time tu musim PKP & niena tak berani nak keluar.
“Jadi, terlepas minggu (usia kandungan) yang sesuai untuk scan. Latest scan, baby dah besar dan dekat dgn uri.
“Jadi tak dapat tengok dah. 50-50 tu doktor kata kadang2 kita tengok girl,tapi boy,” tulisnya menerusi pertanyaan dari seorang individu.
Niena yang kini hamil 37 minggu mulai rasa tanda-tanda bersalin.
Malah, Niena juga sudah bersedia sekiranya bayi keluar awal daripada tarikh jangkaan kerana telah melalui pengalaman ketika melahirkan anak sulung, Adithya Jabbar.
Untuk rekod, Niena dan Rody yang merupakan gitaris kumpulan Kristal berkahwin pada 27 April 2018.
Konsert One Love Music Festival sepatutnya dijadualkan berlangsung pada esok, 21 Disember di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Perkara tersebut dimaklumkan wakil penganjur...