“Tengah Mencari Jodoh…,”- Kini Sendiri, Nazim Othman Cari Pasangan Bijak & Tak Banyak Karenah

Share

Pelakon, Nazim Othman ada meluahkan perasaan bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman yang kini berstatus duda memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari pasangan hidup.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Suri Katriana ini turut berharap ditemukan dengan pasangan hidup yang bijak, matang dan berdikari.

“Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak karenah, bijak, matang & independent.

“PM tepi. Kita plan nak kawen tahun ni,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan berbahagia selalu.

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.

Bagaimanapun, keduanya bercerai pada 2 Mei 2018.

Menerusi entri terkini, bintang ini turut meluah perasaan sama perihal pasangan hidupnya.

Foto: Instagram Nazim Othman

Published by
Nazar Rafiqhi