Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi minat dan hobinya terhadap sukan berbasikal buat para peminatnya di laman media sosial Instagram.
Siti atau sinonim dipanggil Tok Ti memaklumkan dia telah berjaya manawan Bukit Peres menerusi aktiviti berbasikal yang disertainya.
“Bila berjaya naik Bukit Peres setelah 1 bulan cuti kayuh , memang kejayaan terbaik secara peribadi..
“Mana taknya, Team Kayuh CTDK semua dah menawan Bukit Peres ( Bukit yang paling popular untuk semua cyclist sbb mencabar), saya sorang je blom.
“Tapi bila kuatkan semangat , relax & nasihat trainer saya @faizsyarifuddin & #azrinaznam..impian saya jadi kenyataan.. Saya Berjaya juga!!! Tengokla gambar last tu…
Ads
“Tgh tahan nak muntah ijo lepas sampai puncak .. hahahahah.. (tapi tak jadi muntah sbb suami dah jampi.. hahahaha.. tipu ja!) #teamctdk#bahuluklasik #bukitperes#hululangat,” tulisnya.
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber sebentar tadi telah mengumumkan kelahiran anak sulungnya.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum menerusi satu hantaran di Instagram dengan foto menunjukkan sebelah kaki anaknya itu.
Kapsyen pada hantaran pula berbunyi, “Welcome home Jack Blues Bieber.”
Seiring dengan pemberian nama itu, ia jelas menandakan jantina anaknya bersama Hailey Bieber adalah lelaki.
Terdahulu wakil kepada pasangan ini pernah berkongsi kepada media antarabangsa bahawa Justin dan Hailey mahu menyimpan perihal jantina dan tarikh jangkaan bersalin kepada diri mereka sendiri.
Sepanjang lebih lima tahun perkahwinan, Justin dan isterinya kerap menyatakan yang mereka ingin membina sebuah keluarga lengkap dan berhasrat mahu membesarkan anak jauh dari kerlipan gemerlap Hollywood.
Imbas kembali, pasangan popular ini berkahwin pada September 2018.
Sebelum berkahwin dengan Hailey yang merupakan seorang peragawati, Justin terlebih dahulu hangat bercinta dengan Selena Gomez sebelum hubungan mereka kandas di tengah jalan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selamat melangsungkan pertunangan pada Sabtu lalu, ramai pihak mendoakan yang terbaik buat penyanyi Shila Amzah serta tunangnya, pempengaruh media sosial, Ubai.
Membuka ruang pertanyaan di Instagram Story, Shila ditanya ramai warganet mengenai hal peribadinya malah salah satu soalan yang menarik ialah nama panggilan anak tunggal Shila iaitu Seth kepada Ubai.
Menjawab pertanyaan itu, Shila membalas ringkas anaknya memanggil Ubai atau nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dengan panggilan Papa.
Selain itu, Shila juga berkongsi pandangannya berhubung persoalan mengenai kembali berteman selepas melalui hubungan yang pernah musnah sebelum ini.
Menurut Shila, perasaan takut itu pasti ada, namun dia cuba untuk memberikan peluang kepada dirinya untuk berasa gembira dan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.
“Ia adalah normal untuk ada perasaan takut (kembali berteman). Saya juga macam tu dulu.
“Orang macam kita perlukan banyak jaminan (untuk perkara seperti ini).. yang paling penting sekali jangan sabotaj diri kita sendiri.
“Izinkan diri kamu untuk merasa gembira.
“Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal jadi di depan.Dengan berasa risau mengenai hal itu, ia tidak akan menjadikan sesuatu itu lebih baik.
“Hidup untuk bahagia hari ini sebab di akhirnya nanti, berdamailah dengan keadaan bahawa tiada apa di dunia ini untuk selamanya,” tulis Shila.
Selain itu, Shila turut berkongsi ‘tips’ buat mana-mana wanita yang bercinta dengan jejaka lebih muda daripada mereka tentang cara-cara untuk mengambil hati ibu bapa masing-masing agar hubungan direstui dan dipermudahkan.
“Macam mana Kak Sha (Shila) buat mak terima Ubai?Teman lelaki saya muda daripada saya tapi ibu tak suka,” tanya peminat Shila.
“Pujuk la slowly dan teman lelaki kamu pun kena pandai main peranan ‘mengorat’ ibu kamu.
“Saya rasa kena yakinkan ibu awak yang umur itu bukanlah satu masalah.
“Kalau awak seorang sahaja yang pujuk memang penat.
“Ramai je bekas-bekas teman lelaki yang kena reject dengan ibu saya sebelum ini.. sekarang je okay sebab yang penting kita dapat pilih kebahagiaan sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan kita sendiri,” balas Shila.
Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Alias pada April 2018 namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 1 Oktober 2022 menjadi hari yang sangat suram buat negara jiran, Indonesia khususnya bagi komuniti bola sepak.
Memetik laporan Kompas, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa memaklumkan jumlah nyawa yang terkorban kini sudah pun mencecah angka 129 orang sejak malam tadi makanala 180 pula dilaporkan cedera.
Tragedi ini berlaku disebabkan tindakkan penyokong yang mengadakan rusuhan di sebuah stadium di Jawa Timur ketika perlawanan berlangsung di antara dua musuh tradisi, pasukan Arema dan Persebaya Surabaya.
Kekacauan tercetus selepas perlawanan berkesudahan 2-3 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.
Ini merupakan kali pertama Persebaya Surabaya menewaskan Arema FC setelah 23 tahun. Tak disangka, kekalahan ini harus dibayar mahal.
Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema tidak berpuas hati dan meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas.
Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.
Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Dua buah kereta polis juga turut dikatakan diterbalikkan.
Terbaru, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan saingan Liga 1 Indonesia dihentikan serta merta buat sementara waktu.
Malah, rata-rata netizen di Indonesia turut meminta agar Liga 1 Indonesia dibubarkan terus kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan insiden seperti ini yang kerap berlaku di arena bola sepak Indonesia.
Presiden Jokowi turut menzahirkan rasa dukacita dalam tradegi yang mengorbankan nyawa itu.
“Saya di sini ingin menyampaikan rasa dukacita yang mendalam diatas pemergian 129 orang saudara mara kita dalam tragedi bola sepak di Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kompas.com & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!