Guru tari, Linda Jasmine Hashim mengakui dia tidak melarang anak gadisnya, Tengku Ratu Haidar, 16, untuk terjun ke dunia seni, asalkan pelajaran tetap menjadi keutamaan.

Linda, 52, juga terbuka sekiranya Ratu ingin mengejar cita-citanya dalam bidang seni kerana sebagai seorang ibu, dia tetap akan memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak.

Terbuka Minat Anak-Anak

“Saya bukan setakat membenarkan dia, tapi saya sokong dia 100 peratus dan apa yang saya boleh bantu dia dari segi memberi nasihat, selain berkongsi pengalaman yang saya ada.

“Saya memang akan nasihatkan dia sebaik mungkin. Bagaimanapun pada akhirnya, itu semua terpulang kepada dia juga. Cuma sudah tentu, saya akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan,” katanya.

Ads

Linda yang juga bekas isteri kepada pelakon Que Haidar berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada Malam Penghargaan Anugerah Nona Superwoman 2024 di Damansara Utama, baru-baru ini.

Tengku Ratu Haidar Kini 16 Tahun, Linda Jasmine Sokong Anak Terlibat Seni – “Bukan Setakat Membenarkan, Tapi Sokong Dia 100%” Tengku Ratu Haidar Kini 16 Tahun, Linda Jasmine Sokong Anak Terlibat Seni – “Bukan Setakat Membenarkan, Tapi Sokong Dia 100%” Tengku Ratu Haidar Kini 16 Tahun, Linda Jasmine Sokong Anak Terlibat Seni – “Bukan Setakat Membenarkan, Tapi Sokong Dia 100%”

Anak Lelaki Minat Muzik

Linda pada masa sama menambah, Ratu ada mengikuti kelas lakonan sebelum ini selain pernah menyertai persembahan muzikal yang memerlukannya untuk berlakon, menyanyi dan menari.

Ads

“Dia ada ikuti pementasan muzikal dan itulah terakhir persembahan yang dilakukan. Saya  memang nak masukkan Ratu ke bengkel lakonan, tetapi usia dia belum mencecah 18 tahun sebagaimana syarat ditetapkan.

“Tapi setakat ini, dia ada mengambil kelas tarian. Akan tetapi sudah tentu, pengajian juga perlu diutamakan sebab itu ‘basic’ (asas) kan. Saya juga sering ingatkan Ratu mengenai perkara itu,” katanya.

Linda turut mendedahkan seorang lagi anaknya, Qalif Khan, 24, juga kini aktif dalam muzik.

Ads

Sebagai informasi, Linda mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pelakon, Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Bagaimanapun pada 26 Oktober tahun lalu, Que mendedahkan dia dan Linda sudah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Linda dikurniakan seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI