Pelawak dan penyanyi, Achey ada berkongsi pengalaman yang didepani beberapa ahli keluarganya yang berada di bahagian hadapan dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Jelasnya, dia mempunyai biras yang bekerja sebagai anggota polis sementara tiga iparnya pula bertugas dalam bidang kesihatan.
“Assalamualaikum wahai rakyat malaysia, saja nak kongsi cerita benar.
“Biras anggota polis di IPD raub.. kerja polis korang pun sedia maklum… bertindak cakap lembut korang acah2 mcm paham kerja diorang… selamba cabar diorang.. wal hal anak bini famly diorang tu tunggul ke tgk diorang di cabar camtu… sabar sentiasa je diorang.. sbb tu diorang jadi polis boleh sabar dgn kita ni.
“Saya ada 2 orang kakak ipar nurse rashidah hospital kulai dan mastura jumadi hospital kluang…serta seorang adik ipar bahagian farmasi laila.
“Tengok gambar kakak saya rashidah dan kak mastura ni automatic air mata jatuh. Bayangkan 18jam dgn baju tugasan begini.
“Nak rasa cuba korang pakai baju hujan full selama 18 jam, itu pakai je. Diaorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan mcm biasa dah berlipat ganda,” tulisnya.
Ads
Achey menerusi kapsyen panjang lebar di Instagram turut menambah, foto tersebut dikongsikan mereka sebagai ingatan doa atas khidmat yang dicurahkan.
Pada masa sama, anggota kumpulan Bocey ini juga meminta individu yang mempunyai gejala COVID-19 agar tidak merahsiakan selain mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Gambarni di berikan pada keluarga agar keluarga sentiasa mendoakan perjuangan mereka.
“Ada yang kata .. alaa mereka dah di bayar untuk kerja diorang… yeaaaa mmg .. abih sampai 18jam kerja tu bertambah ?? Ada diorang kesah pasal bayaran??… diorang kesahkan korang selamat je!
Ads
“Antara diorang pun ada yang dah di jangkiti. Diorang nak ke di jangkiti, benda ni bahaya weihh. Tapi tugasan mereka adalah tugasan tadah leher dalam bahasa kasarnya… diorang wajib lakukan! Demi kita!
“Lagi 1 kalau korang ada suspek di jangkiti jgn rahsiakan, bgtau supaya korang boleh di bantu!. Diorang habis kerja dengan letih.
“Masuk rumah ikut pintu belakang… ada jugak yang mandi n tido kat luar buat khemah… esok bangun mandi kat luar lagi then pegi keja balik… demi menjaga keluarga supaya tidak di jangkiti … demi untuk kita semua juga sentiasa selamat!
“Kita!… macam mana kita nak bantu mereka?… kita ikut la pesan diorang sbb pesan diorang tu sama dgn pesan kerajaan… dan diorang pesan bukan main2!. #stayathome #dudukrumah adalah jalan terbaik untuk mereka.
Ads
“Mereka tak mintak korang duit, mereka tak mintak korang apa2.. tu je duduk rumah jeeee. Please diorang dah penat sangat! #kitajagakita.
“SAYA KAGUM DENGAN PERJUANGAN KALIAN. Cuba korang bagi kata2 terbaik untuk mereka!,” tulisnya.
Instafamous dan juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Seria, King Coco berkongsi sumbangan yang dilakukan demi mengurangkan beban rakyat yang kesempitan akibat penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, walaupun kini sedang hamil, namun dia bersyukur diberi kesihatan tubuh badan untuk terus melakukan kerja amal.
Tambahnya lagi, dia memilih untuk tidak mendedahkan wajah penerima demi menghormati mereka.
“Bismillah, Allah swt menggerakkan tubuh ini untuk menjadi perantaraan, mengagihkan bantuan di bahagian bagan serai.
“Walaupun berbadan dua, Allah swt masih mengizinkan dan menguatkan tubuh ini untuk melihat dan membantu ramai lagi golongan yang memerlukan.
“Saya memilih untuk tidak “expose” muka muka penerima di media sosial yang saya miliki. Luar dari media sosial saya, adalah luar dari bidang kuasa saya.
“Kenapa saya memilih untuk tidak “expose” muka muka yang menerima bantuan? Kerana saya menghormati mereka. Mereka juga seseorg yang mempunyai maruah dan air muka. Jadi saya hormat walau mereka tidak berkata ap apa.
“Semoga Allah merahmati kita semua. Perancangan Allah swt itu hebat. Sangat hebat.
“Kita harus bersyukur dan sentiasa melihat kedepan, janganlah kita manusia merasa hebat, kerana DIA mampu mengubah segalanya tanpa kita sangka.
“Janji Allah itu pasti. #stayhome #staysafe #wecanbreakthechain,” kongsinya.
Pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 33, akui masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi ibu terbaik buat anak sulungnya, Indah Nufa yang kini mencecah usia empat.
Pada masa sama, bekas peserta Projek Komedi Warna 2015 ini juga secara berseloroh turut mendedahkan sehingga ke hari ini, masih ramai kenalannya yang seakan tidak percaya dirinya sudah pun bergelar ibu.
Berkongsi kapsyen berkenaan menerusi Instagram buat tatapan umum, Ain turut memberitahu dirinya masih sama seperti dulu.
“Dah 4 bulan jadi mak orang! Banyak lagi ilmu jadi mak bapak yg mader belom tau lagi.
“Disebabkan Februari 29 hari je, takda 30hb jadi semalam genap lah @indah.nufa 4 bulan.
“Tapi masih sampai hari ni ada lagi kawAn2 tak percaya mader dah jadi mak orang. ‘Weyh Ain dh jd mak orang weyh. Ain dh ada anak laa. Aku tak caye lagi ni’ Apooooo hahhahahhaha kenapa ehhh?
“Aku tak berubah pun. Masih Ain yg sama gonjeng macam dulu. Cuma sopan sikit lah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya iaitu seorang kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2019 lalu.
Selain menyertai Projek Komedi Warna, anggota kumpulan Awok ini juga pernah terlibat di dalam program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak kira-kira enam tahun lalu.
Usahawan yang juga ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada berkongsi sepotong video pendek yang dihasilkan menerusi TikTok bersama anaknya, Ameera Khan yang nyata mencuit perhatian ramai.
Mengambil salah satu babak daripada filem Pendekar Bujang Lapok sebagai subjek, si ibu ‘berlakon’ sebagai guru sementara anaknya yang sinomom disapa Little Miss Khan (LMK) pula menjadi anak murid yang cuba mengeja dan membaca dalam Jawi.
“Hari ni saya jadi Cikgu Tini. Garang tak Cikgu ni? Dapat anak murid macam ni boleh duk hospital mental laa Cikgu,” selorohnya di ruangan kapsyen.
Malah, video sama turut dikongsikan LMK menerusi Insta Stories dan menerusi perkongsian semula di akaun rasmi MeleTop, bintang media sosial itu dilihat ada memberikan rekasi.
“Mama la ni suruh buat,” respon LMK Ringkas.
Terdahulu, video tersebut dirakam melalui TikTok menerusi akaun @darlingthecat
Foto: Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...