“Tengok Kaki Pun Mama Dah Teruja,” – Kandungan Dah Lebih 30 Minggu, Nadya Syahera Dijangka Bersalin Anak Ketiga Lagi 2 Bulan

Share

Pelakon dan model, Nadya Syahera dijangka bakal menimang cahaya mata ketiganya dalam tempoh dua bulan dari sekarang apabila memaklumkan usia kandungannya sudah memasuki minggu ke-30.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai kehamilannya, Nadya menjelaskan agak sukar untuk melihat wajah bayi di dalam perut.

Perkara tersebut dimaklumkan Nadya menerusi sekeping foto sonogram yang diperolehi ketika ujian ultrasound dilakukan.

“Assalamualaikum, baby nombor 3 dah 30 minggu+ , hari ini scan dia belanja tapak kaki je dekat mama dia. Okay la kan.

“Tengok kaki pun mama dah teruja, setiap kali datang follow up mesti dia meniarap, susah naw nak tengok muka dia. Pemalu agaknya.

“Doakan urusan kami berdua dipermudahkan nanti. Ada dua bulan lagi,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, rakan dan peminat turut terhibur dengan kapsyen yang dikongsi selain mendoakan yang baik-baik buat Nadya dan bayi yang bakal lahir.

Sekadar info, Nadya dan suaminya, Fizul Nawi mendirikan rumah tangga pada September 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Foto: Instagram Nadya Syahera

Published by
MH