Sorokan kuat dan semangat kesukanan ketika perlawanan bola sepak antara pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam malam tadi sekitar 90,000 penonton.
Para selebriti juga tidak ketinggalan untuk datang bersama dan memberi sorakan gemuruh.
Bagaimanapun,ada juga netizen yang ‘tidak senang duduk’ melihat kehadiran para selebriti ke Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.
Misalnya, pelakon Mawar Rashid telah mendapat komen pedas dari netizen yang menyifatkan Mawar sebagai ibu mengandung dan dia perlu berehat di rumah.
Antara komen yang dilemparkan netizen seperti;
“Mengandung kan? Duduk je rumah tu .. take care of yourself and baby,”
“Tak perlu jadi bangsa final dtg time final je..mana hang semua masa suku akhir dan separuh akhir?,” itu antara komen netizen.
Tidak hanya berdiam diri, suami Mawar, Raf Yaakob telah memberi respon kepada komen berkenaan.
Pada masa sama, para selebriti juga ditempelak netizen dengan melabelkan mereka sebagai ‘bangsa final’.
Selain Mawar, antara artis yang turut dilabel bangsa final seperti Diana Danialle,Lisa Surihani dan ramai lagi.
Foto: Instagram Mawar Rashid