Tular sepotong rakaman video di laman Twitter apabila seorang individu mendakwa diserang di sebuah farmasi kecantikan di pusat membeli belah di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika individu tersebut sedang bekerja dan kemudiannya, dia ditarik keluar premis lalu diserang sebelum si mangsa dimarahi.

Memetik perkongsian yang dimuat naik pengguna Twitter, video berdurasi sekitar 1 minit itu sudah ditonton ribuan kali.

Ads

Malah difahamkan juga, mangsa telah membuat laporan polis dan menerusi laporannya, ia antara lain menerangkan situasi yang berlaku.

Pada masa sama, mangsa menerusi laporan juga turut melaporkan telefon bimbitnya turut hilang.

Ads

Apa yang mengejutkan, netizen turut mendakwa bahawa mangsa yang diserang juga merupakan seorang transgender?

Ads

Juga, si pelaku yang dilihat menerusi rakaman video tersebut juga dikatakan pembantu kepada usahawan yang bergelar penyanyi, Sajat.

Malah, ada yang turut menasihatkan Sajat agar memantau kegiatan anak buahnya supaya tidak melakukan keganasan terhadap wanita.

Twitter : Rahzamdy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI