Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terharu apabila dapat membesarkan anak sulungnya, Mohamed Eidrees dengan jagaannya sendiri.

Tidak mengharapkan mana-mana pembantu rumah, finalis Dewi Remaja 2009/10 itu berpuas hati dapat menjaga dan melihat telatah Eidrees membesar dengan baik dan sihat.

“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah.

“Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, Anzalna,31, berpuas hati kerana dapat menjaga anaknya yang kini berusia lapan bulan tanpa mengharapkan mana-mana pembantu.

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.

Foto: Instagram Anzalna Nasir