Usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi khabar gembira bersama peminat apabila difahamkan kini telah pun berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Menerusi entri berkenaan, Farah dilihat gembira memuat naik foto bersama anaknya disamping kereta baru yang bernilai ratusan ribu ringgit Malaysia itu.
Menurut Farah, terlalu banyak cabaran yang telah dia lalui termasuklah harus berdepan dengan orang-orang yang sering meragui kemampuan dirinya.
“Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka, ‘Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat’.
“Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.
“Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot.
Ads
“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost. Now that the wall was demolished. I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Farah menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Farah turut mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi momen tersebut bersama arwah bapanya.
“Arwah Papa once confessed to me; ‘Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu’. Sadly, you’re not here to see us today Papa.
“But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang,” kongsinya lagi.
Ads
Jelas ibu kepada seorang anak itu lagi, kadang kala wanita sering mengenepikan apa yang mereka impikan untuk memberi sepenuh perhentian terhadap keluarga
“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.
Ads
“Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease.
“Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia, akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Farah terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Sumber: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid dengan berkapasiti 700 orang di kampung halaman pelakon lekaki terbabit di Kampung Rengit, Johor.
Projek pembinaan masjid itu akan dimulakan awal tahun hadapan.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,33, dia dan isteri sepakat untuk menggunakan duit keuntungan produk terbaru keluaran syarikat kosmetik milik mereka, Wawa Cosmetics iaitu Muslim Bukhari bagi tujuan murni itu.
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung kawasan tersebut dan insya-Allah telah bersetuju untuk menghulur dana dalam anggaran RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” jelasnya.
Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, pada Sabtu.
Tambah pelakon Cari Aku Di Syurga itu lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak, sebaliknya hanya sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari yang sudah pun dijual bermula hari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 satu set.
Terharu atas reaksi positif yang diterima meski baru dilancarkan, Aeril dan Wawa berharap agar produk terbaru ini turut menerima sambutan sebagaimana koleksi kosmetik mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kes siasatan membabitkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan dan selebriti popular, Neelofa sudah diambil alih oleh polis Selangor untuk siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dihubungi mengesahkan perkara itu tadi, memetik Harian Metro.
Menurutnya, kes hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) akan disiasat secara rapi oleh polis Selangor.
Beliau berkata, keterangan wanita terbabit sudah diambil pihak polis sebelum ini.
“Bagaimanapun jika perlu, pihak polis akan memanggilnya semula untuk membantu siasatan,” katanya.
Difahamkan polis Kuala Lumpur sebelum ini sudah memulakan siasatan berhubung satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) milik seorang wanita yang juga ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Ia susulan laporan diterima polis berkaitan perkara itu, kira-kira jam 5.44 petang semalam oleh pemilik akaun Instagram berkenaan.
Pihak polis Kuala Lumpur sebelum ini memaklumkan laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita terbabit yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar.
Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik ibu Neelofa dengan membuat hantaran melalui medium ‘IG Story’.
Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Sementara itu Noor Kartini dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis semalam, mendakwa kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan ia tidak berulang.
“Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.
“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.
“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy satu ketika dahulu.
Dari Ikon Fesyen Kini Bienda Usahawanita ‘Papapau’ Berjaya!
Kini MH, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Selain Perniagaan Pau, Bienda Juga Jual Koleksi Busana Muslimah
Malah, menurut Bienda sebelum memulakan perniagaan menjual pau, dia sememangnya sudah bergiat aktif hingga bidang perniagaan bukanlah satu perkara asing baginya. Bienda mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual tudung dan inner.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.