Pelakon dan hos, Mira Filzah telah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam tadi.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan bapanya, Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Dalam majlis yang diraikan secara meriah itu, pengantin perempuan menerima seutas gelang emas aebagai mas kahwin dan 9 dulang berbalas 11 dulang.
Manakala wang hantaran dirahsiakan.
Antara barang hantaran istimewa Mira buat Emir termasuk seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran nota pendek.
Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.
Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu, pasangan raja sehari mengenakan persalinan polos putih rekaan Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh Yna Sakinah.
Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu.
Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.
Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.
Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.
Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI