Bintang sinetron dan penyanyi popular, Marshanda dalam satu video di laman YouTube miliknya telah berkongsi mengenai isu mengapa dia kini berada di Amerika Syarikat. Selebriti yang terkenal dengan nama manja, Caca, sedang mengikuti terapi Ketamin bagi membantu masalah tekanan yang dihadapinya.

Dia yang disahkan menghidap penyakit gangguan bipolar sejak zaman remaja lagi sebelum ini mengambil pelbagai ubat-ubatan seperti antidepressant dan ubat tidur untuk memastikan mindanya boleh berfikir seperti sediakala.

“Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan

Menerangkan dengan lebih lanjut mengenai terapi itu, Marshanda berkongsi dengan lebih lanjut kepada umum.  “Jadi ketamin tidak ada di Indonesia, maksudnya ketamin merupakan bahan yang haram di Indonesia. Sepanjang menjalani terapi ini di Amerika Syarikat, saya menjalani teripi ketamin yang dilaksanakan oleh doktor. Jadi ada ahli psikiatri yang akan memantau bagi memastikan proses terapi ini berjalan lancar.

“Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan
Marshanda antara selebriti yang lantang berbicara soal kesihatan mental.

“Jadi saya disuntik dengan cairan ketamin yang dicampur dengan cairan saline dengan dos yang cukup dan tidak berlebihan. Tujuan utama terapi ini adalah untuk meredakan tekanan, untuk membantu saya berhubung dengan diri saya sendiri,” ujarnya.

“Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan

Ads

Terapi ini masih belum diterima dan dilabel haram dibanyak negara kerana bersangkut paut dengan penggunaan bahan iaitu ketamin yang disenaraikan sebagai dadah berbahaya.

Wanita anggun ini berkongsi lagi, “Saya mendapatkan nasihat dari dua ahli psikiatri, satu di Indonsia dan satu di Amerika Syarikat. Jadi ahli psikiatri di Amerika Syarikatlah yang mencadangkan kepada saya untuk melakukan terapi ini. Jadi setelah saya melakukan kajian, ternyata terapi ketamin diambil oleh mereka yang sedia memiliki depresi dan melalui segala perubatan dan kaunseling namun masih merasakan tekanan. Jadi ketamin membantu, dan di Amerika Syarikat terapi ini dijalankan di banyak lokasi. Saya memilih sebuah klinik di New York untuk melakukan terapi ini.”

“Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan
Bersama anaknya dan juga isteri baru bekas suaminya, Ines.

“Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan

Ads

Marshanda sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan Ben Kasyafani pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tanggal 22 Januari 2013.

Walaupun sudah bercerai hubungan Marshanda dan keluarga baharu bekas suaminya akrab dan sikap positif tersebut mendapat pujian ramai.

Sumber: Instagram Marshanda, Youtube Marshanda

Ads

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI