“Terasa Diri Tu Kompem Masuk Syurga, Tapi…,” – Tiada Masa Nak Layan ‘Kopik Bawang’, Kakak Emma Maembong Kongsi Pendirian

Share

Susulan kisah sensasi yang terpalit pada pelakon dan usahawan, Emma Maembong, kakaknya Shikin Maembong tampil memberikan reaksi.

Meski tidak menyebut terhadap isu tertentu, bagaimanapun apa yang ingin disampaikannya ibarat lebih terarah kepada isu yang sedang viral kini melibatkan adiknya, memandangkan pada posting terdahulu, Shikin turut menyatakan pendirian mengenai fitnah.

Menerusi Insta Stories terkini, Shikin mengakui dia tidak masa untuk melayan sebarang krtikan melampu yang maki tanpa adab.

“Sorry la keyboard worries sekalian, i takde masa nak layan kopik bawang… pi jauh-jauh. Mana teguran positif terima…tapi yang macam orang kena sawan maki-maki takde adab saya block je..

“Terasa diri tu kompem masuk syurga, tapi sayang mulut takde insurans,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa keping foto Emma tanpa mengenakan hijab selain foto mesra bersama abang kepada seorang menteri mulai tersebar hingga kini.

Bagaimanapun, Emma secara profesional tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial.

Foto: Instagram Shikin Maembong

 

Published by
Rafiq Mazlan