Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya telah terjatuh semasa ingin pergi ke tandas.
Jelas Nubhan, sewaktu isterinya memaklumkan mengenai perkara tersebut, hatinya berasa amat risau terutamanya bila memikirkan mengenai kecederaan yang bakal dialami oleh ibunya itu.
“YANGGGGG MAK JATUH DALAM TOILETT!!! Saya terkejut dan terus berlari ke mak…masa tu mak dah mengensot ke pintu toilet x boleh bangun.
“Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalau apa2 terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun.
“Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan…syukur hanya tangan,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu lagu Sekali Lagi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Nubhan akhirnya mampu menarik nafas lega apa doktor mengesahkan ibunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bahagian tangannya sahaja yang dilaporkan retak.
Ads
Dikesempatan itu juga, Nubhan mengakui dirinya berasa amat bersalah di atas insiden yang menimpa ibunya itu.
“Nubhan… mak jatuh tadi, lantai tu licinnn” (dalam nada sebak mak cakap kat saya.) Ya Allahhh betapa bersalahnya saya rasa…terasa gagal dalam menjaga mak.
“Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 1 bulan. InsyaAllah… mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semua baik-baik sahaja buat ibu Nubhan.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) baru-baru ini ke kilang yang diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarganya di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai seterusnya mencetuskan tular baru-baru ini.
Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan hinggakan perkongsiannya itu dikongsi ramai serta diungkap semula.
Malah, beliau begitu kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan operasi kilang yang berjalan sejak 2010 itu hingga tidak sedar hampir tiga jam masa berlalu saat kunjungan dilakukan.
Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.
“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.
“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.
Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.
“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.
“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.
“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya.
Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.
“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.
“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya lagi.
Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).
“Saya ucap tahniah kepada Ir. Mohd Zain atas keberanian dan kejayaan menguasai industri sedemikian. Saya harap semangat beliau dijadikan contoh pengusaha lain. Semoga syarikat ini terus maju dan membesar di masa hadapan. Selamat Maju Jaya,” katanya.
Sementara itu, Fatin Diana yang juga Pengasas Origina terharu dengan suntikan semangat diberikan Tun M.
“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.
“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.
Pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.
“Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.
“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Minuman Origina dihasilkan untuk menghilangkan dahaga, dan memberi manfaat berganda sesuai untuk kanak-kanak hingga ke dewasa.
“Kami berharap Origina akan menjadi minuman ideal membantu menyegarkan bukan hanya pemain bola sepak malah atlet negara supaya komited semasa latihan intensif dalam meningkatkan tahap prestasi permainan mereka,” kata Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Origina itu.
Fatin turut memberitahu jenama minuman diusahakannnya juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pek Express Meals untuk seluruh anggota polis di serata Malaysia yang bertugassemasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.
Turut hadir pada majlis bermakna itu tenaga kerja syarikat berkenaan iaituMohd AliffMohd Zain (Pengarah PS Poly Pack), Adilah Shuib (Pengurus Besar), Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah PS Medipack Sdn Bhd) dan Wan Syakirah Mohd Rasdi (Ketua Pegawai Komersial).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida akhirnya mendedahkan foto bayi perempuan yang juga merupakan anak angkat terbaru yang kini berada di bawah jagaannya.
Bintang Embun ini turut berkongsi rasa serta memuat naik foto bayi comel itu menerusi Instagram, khas buat para pengikutnya di media sosial.
“Penawar hati ku.. anugerah dan amanah yang dipertanggungjawapkan. Alhamdulilah.
“Ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin. Insha’allah,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat termasuk rakn artis ada merakamkan ucapan tahniah dan gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aktres itu.
Malah, mereka pada masa sama turut mendoakan agar permata hatinya itu membesar seorang anak solehah.
Pada masa sama, pelakon utama filem sensasi, Dukun itu juga turut berkongsi sekeping foto yang merakamkan tangan bayi perempuan menerusi Insta Stories.
“Allah beri rezeki dengan pelbagai cara. Jangan pertikaikan. Bersyukur dengan nikmatNya alhamdulillah,” maklum Umie.
Difahamkan sebelum ini, Umie turut membesarkan dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26 dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pula mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2010.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Mazlan Hj Ahmad atau lebih sinonim disapa Lan Pet Pet menangkis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya seorang panas baran.
Katanya, sebagai seorang pelawak, amat sukar untuk dirinya mempunyai sifat kasar dan marah terhadap orang lain.
“Saya ni seorang pelawak. Amat susah untuk saya marah orang ni. Jaranglah boleh saya katakan. Tetapi haritu nak dijadikan cerita Allah nak bagi satu asbab, tu saya tak boleh nak control.
“Saya nak belikan air untuk anak saya, anak saya ada acara sukan malam tu.
“Jadi masa duduk di ‘Hotel California Besi’ saya belajar dengan teman-teman saya di dalam tirai besi tersebut bahawa dalam tiga saat sahaja kita boleh hilang pertimbangan,” katanya kepada MH.
Lan Pet Pet berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media “Maafkan Kami” Lan Pet Pet dan Pak Ya bertempat di i-Cafe Bikerstation Food Court, Sungai Buloh pada Selasa.
Dalam pada itu, Lan Pet Pet turut mengumumkan mahu menaja Pak Ya sepenuhnya menunaikan umrah, Disember depan.
“Saya ingin meminta kepercayaan daripada keluarga Pak Ya untuk membawa Pak Ya menunaikan umrah.
“Saya nak minta izin semasa di sana nanti saya akan jaga Pak Ya seperti saja jaga bapa sendiri,” jelasnya lagi.
Ikuti sidang media mereka di FB Live MH.
Hi, guys! Sekarang ini MH berada di i-Cafe Bikerstation Food Court, Sungai Buloh untuk Sidang Media Perdamaian 'MAAFKAN KAMI" antara Lan Pet Pet dan Yahya Manap (Pak Ya). Alhamdulillah.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...