“Terasa Gagal Dalam Menjaga Mak,”-Tangan Ibu Retak Jatuh Di Tandas, Nubhan Ahamad Rasa Serba Salah

Share

Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya telah terjatuh semasa ingin pergi ke tandas.

Jelas Nubhan, sewaktu isterinya memaklumkan mengenai perkara tersebut, hatinya berasa amat risau terutamanya bila memikirkan mengenai kecederaan yang bakal dialami oleh ibunya itu.

“YANGGGGG MAK JATUH DALAM TOILETT!!! Saya terkejut dan terus berlari ke mak…masa tu mak dah mengensot ke pintu toilet x boleh bangun.

“Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalau apa2 terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun.

“Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan…syukur hanya tangan,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu lagu Sekali Lagi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Nubhan akhirnya mampu menarik nafas lega apa doktor mengesahkan ibunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bahagian tangannya sahaja yang dilaporkan retak.

Dikesempatan itu juga, Nubhan mengakui dirinya berasa amat bersalah di atas insiden yang menimpa ibunya itu.

“Nubhan… mak jatuh tadi, lantai tu licinnn” (dalam nada sebak mak cakap kat saya.) Ya Allahhh betapa bersalahnya saya rasa…terasa gagal dalam menjaga mak.

“Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 1 bulan. InsyaAllah… mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semua baik-baik sahaja buat ibu Nubhan.

Sumber: Instagram Nubhan Ahamad

Published by
Aizam Manaf