Pelawak dan pengacara, Ali Puteh mengakui dirinya berasa sangat rindu disaat ahli keluarganya masih lengkap lebih-lebih lagi ketika Allahyarham abangnya, Abam Bocey masih lagi di sisi.
Tambah memilukan apabila ibunya juga kini masih lagi di hospital setelah diserang penyakit semput sejak minggu lalu.
Jelas Ali, ketika ini dia hanya mampu berdoa dan seluruh ahli sekeluarga masih belum dibenarkan untuk melawat walaupun sudah hampir lima hari ibunya itu berada di hospital.
“Rindu saat ni. Mak masih di hospital sekarang ni dan masih belom sedar dari tido. Doakan semoga mak sembuh ye. Takde ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih.
“5 hari dah mak di hospital dan kami msih belom dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semalam kami semua bersama,” katanya di Instagram.
Menerusi entri berkenaan, Ali turut dilihat berkongsi foto ahli keluarganya sewaktu arwah Abam masih lagi hidup.
Mengakui dirinya kini sedang diuji, Ali mendedahkan dia sekeluarga akan terus beristiqomah dan mengaggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya.
“Kuat ujian Allah pada kami tapi saya percaya Allah uji tanda Allah sayang dan terus istiqomah kepadanya. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibunya itu dapat segera pulih.
Terdahulu, Ali juga merupakan salah seorang peserta program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bersama kumpulan Viral yang turut dianggotai pelawak, Mamak dan pelakon senior, Roy Azman.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 akan bersiaran pada setiap Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (107).
Sumber: Instagram Ali Puteh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akan Kehilangan Ramai Insan Tersayang Sebelum Ramadan,” – Mufti Menk Nyata Pendapat, Mira Filzah Rayu Muhasabah Diri
Pelakon, Mira Filzah berkongsi kebimbangan akan wabak Covid-19 yang semakin memburuk di seluruh dunia. Tambah menyedihkan, pendakwah terkenal dunia, Ismail Musa Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk menyatakan pendapat menerusi laman Instagram miliknya akan pandemik yang berlaku.
Tokoh dari Zimbabwe itu berpandangan wabak ini akan menyebabkan dunia kehilangan banyak keturunan generasi, malah jelasnya lebih ramai manusia akan meninggal dunia sebelum menjelang Ramadan.
Katanya lagi, dunia akan berubah sepenuhnya akibat wabak ini. Dia turut menggesa negara yang masih tidak menganggap wabak ini sebagai isu serius untuk melihat kesan yang berlaku kepada negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kian lumpuh. Dan bagaimana kesannya kepada negara dunia ketiga. Jelasnya, bersedia untuk lebih banyak kematian.
Dalam pada itu, Mufti Menk turut menjelaskan dia mengalami sakit tekak dan mengambil keputusan untuk tidak mengimamkan solat Jumaat atas alasan tidak mahu membahayakan umat Islam yang lain. Malah, dia mengakui baru sahaja pulang dari Australia dan mula mengasingkan diri daripada keluarga kerana tidak mahu mereka turut berisiko terkena jangkitan, malah jelasnya, dia tidak menyapa kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk keselamatan mereka. Dan tidak menjejakkan kaki ke masjid kerana situasi semakin memburuk seluruh dunia.
“Saya melihat banyak negara masih tidak melihat ia satu isu yang besar dan serius. Jadi saya mahu memulakan langkah untuk mengumumkan kepada seluruh muslim di dunia, jangan pergi ke masjid. Saya tidak mahu berbicara sama ada masjid perlu ditutup atau tidak, ia hanya menyekat dahulu sementara kedatangan ke masjid. Negara saya baru sahaja mengumumkan kes pertama semalam namun saya percaya ramai yang sudah ada simpton jangkitan.
“Sama ada masjid masih dibuka atau tidak, jangan ke masjid terutama golongan tua dan kanak-kanak. Dan saya rasakan tidak masuk akal apabila kita diberitahu, hanya periksa jika ada simptom. Jujurnya, tiada simptom dan kita sudah terlambat apabila mengetahuinya. Saya sendiri merasakan sudah dijangkiti,” jelasnya lagi.
Tokoh Islam itu turut menyatakan pihak pengurusan jenazah perlu membuat persediaan untuk menerima lebih ramai kematian selepas ini. Saya percayakan Allah sepenuhnya, saya percaya kita akan mati. Orang berkata mengapa perlu menangguhkan solat di masjid, namun kita hanya menangguhkan buat sementara waktu untuk mengelakkan wabak ini.
“Please please, please, take your time and listen to this.
@muftimenkofficial said (in his recent IG Live) .
“We’re going to lose a lot of generation, we’re going to lose a lot of our loved ones before Ramadhan. I have a feeling the whole world is gonna change completely, totally. We have to embrace this whole new way of looking at things” .
“I’m talking about the countries that have not yet taken it seriously. These are the first world countries (US, UK) who are saying “we cannot cope”, i really don’t want to see two to three weeks from now when the third world countries forget abt when not being able to cope, its going to be worst than we can imagine. Prepare for many more deaths” .
“Something to ponder. Wallahu’alam. 🤲🏻 Takut, sedih, semua ada lepas tgk video ni. Bayangkan, orang yg berilmu agama tinggi bgtahu apa yg dia rasa, “prepare for more deaths”. Are we ready for that?! My dear 6M followers, please stay at home, muhasabah diri, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi spt biasa. This is not something can vanish within 2 weeks time. It’s gonna be longer.. 💔 This time around, bukan setakat jaga kebersihan shj, tetapi jaga hubungan kita dgn Allah. We never know when is our turn. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
Terbaharu, Malaysia kini mencatatkan jumlah kematian sebanyak 11 orang dan 1306 jumlah kes sehingga 22 Mac 2020.
Foto : Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Cakap Artis Wanita Kita Tak Teror Masak? 10 Minit Sudah Boleh Siap Bihun Goreng, Tak Perlu ‘Menangis’ Potong Bawang
Sering tampil kelihatan cantik dan menawan di kaca televisyen atau di sosial media, ramai sebenarnya yang tertanya-tanya sama ada selebriti wanita kita ini handal di dapur atau sebaliknya?
Kami percaya, tugas di dapur tidak semestinya tertumpu kepada kaum wanita sahaja, lelakipun perlu ada keupayaan sama.
Namun, bila seseorang wanita termasuk selebriti kita pandai memasak, ia pastinya jadi bonus buat mereka, semudah 1,2,3 kalau nak tambat hati ibu mertua atau buah hati!
Seperti pelakon baru, Auni Yusry ini, orangnya bukan sahaja cantik tetapi juga merupakan seorang wanita yang jaguh di dapur tau. Memang pekej lengkap la!
Bintang kelahiran Dewi Remaja 2022 ini telah pun membuktikan steriotaip yang mengatakan anak-anak muda kebanyakkannya tidak pandai memasak ternyata jauh meleset.
Malah, skil dan kreativiti serta kebolehan memasak mereka makin terserlah dengan adanya produk-produk pemudah cara seperti Nuuna yang memperkenalkan bihun goreng segera pertama di Malaysia iaitu Nuuna Bihun Goreng Segera.
Tak percaya? Jom tengok skil gadis-gadis cantik ni memasak;
Meninjau skil masakan yang ditunjukkan Auni dan rakan artis, Siti Khadijah Halim menyediakan hidangan Nuuna Bihun Goreng Segera memang nampak mudah kan!
Hanya ambil masa 10 minit, mereka berjaya menyiapkan Nuuna Bihun Goreng Perisa Asli.
Nampak ringkas, tak perlu ‘menangis’ potong bawang, tumis atau ‘berperang’ dengan minyak.
Hanya rebus bihun, kemudian gaulkan dengan perencah tersedia. Bau hidangan memang membuka selera.
Sama dengan Siti Khadijah, dia tiada masalah menyediakan Nuuna Bihun Goreng perisa pedas. Hanya tambah beberapa bahan seperti udang, sotong dan sayuran dah siap!
Lebih menarik, Auni dan Siti Khadijah menjadi individu pertama yang mencuba memasak produk NuunaBihun Goreng Segera ini.
Anda juga berpeluang menjadi antara yang terawal dan merasai pengalaman serupa macam Auni Yusri dan Siti Khadijah!
Lima pemenang bertuah akan dipilih untuk berentap bagi merebut hadiah utama berjumlah RM1, 000 beserta hamper.
Jom sertai cabaran Masak-Masak Bersama Nuuna dengan mengikuti langkah mudah seperti yang tertera di poster di bawah;
Klik link video di bawah untuk tonton Video Masak–Masak bersama Nuuna dan rebut peluang menang!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Stop DM Tanya Pasal Tips Kurus,” – Shima Anuar Idamkan Berat Badan Asal, 50Kg!
Sering menerima mesej di Instagram (Direct Message) meminta tips perihal penjagaan badan ideal, pelakon Shima Anuar mendedahkan dia tidak melakukan sebarang senaman dan tidak mengamalkan diet khas.
Sebaliknya, untuk memiliki bentuk badan ideal selepas bersalin hanyalah dengan menjaga dan isi masa bersama anak-anak.
Sekali gus, bintang filem Highland Tower itu berjaya mendapatkan berat badan yang seimbang dengan ketinggiannya.
“Back to this. No diet, no exercise. Thank you Sophia and adik. Ubat kurus paling mujarab dan selamat. Hahah! Ok korang dah boleh stop DM i tanya pasal tips kurus.
“Jawapan dia, JAGA ANAK. I’m 54 kg now with 165 cm tall. Kalau ikut perangai budak 2 ketul tu sekarang ni, next month rasanya dah boleh dapat balik my 50 kg.
“Sophia kuat cranky now. Adik pulak clingy teruk. Nak kene peluk, dukung all the time!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pelakon itu yang berjaya menurunkan berat badan selepas melahirkan cahaya mata kedua pada Ogos tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
View this post on InstagramThank you for your time. Thank you for always being there for me. ❤️
A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia,2 tahun dan Mikhael Imaan, 5 bulan.
Foto : Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI