“Terasa Macam Kak Pearl Yang Kahwin,” – Sweet Qismina Terbayang Arwah Kakak Saat Elfira Loy Sah Bergelar Isteri

Share

Pelakon Sweet Qismina yang menjadi salah seorang pengiring perkahwinan Elfira Loy baru-baru ini turut menitipkan dedikasi buat sahabat baiknya itu.

Nota berkenaan ditulis Sweet menerusi Instagram sehari lalu.

Bagaimanapun, ucapan daripada pelakon berkenaan menimbulkan rasa sebak apabila dia secara peribadi mengakui dia merasakan seperti yang berkahwin adalah arwah kakaknya, yang dikenali sebagai Pearl.

“The moment your husband lafazkan akad nikah, what I had in mind was, “Kak pearl, she’s finally married”.

“You know how much sweet & family sayang Kak el. You are someone that I adore, someone that I respect, and someone that I love, as much as I love my own sister.

“Looking at you in that white dress, rasa happy tu lain sangat. Terasa macam Kak pearl yang kahwin. I’m happy for you Kak el, really happy.

Pada masa sama, Sweet turut mengucapkan tahniah buat Elfira yang kini sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Faris.

“Finally, you’re belong to someone that I believe will take care, guide and love you endlessly. Definitely a good start of 2019. Congrats Kakak,” kongsinya lagi.

Difahamkan, Sweet telah kehilangan kakaknya Pearl atau nama sebenar Farhanna Qistina pada 18 Jun 2015.

Foto: Carian Google/ Sweet Qismina

Published by
Rafiq Mazlan