Pertunangan penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting dan Muhammad Fardhana pada penghujung minggu lalu menjadi sorotan ramai. Masakan tidak, kisah perkenalan mereka langsung tidak dihidu oleh sesiapa sebelumnya.
Saat majlis bertunang, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak kelihatan cukup cantik mengenakan persalinan baju kurung putih sedondon dengan tunangnya yang berbaju melayu putih.
Bertemu dengan pihak media beberaa hari selepas bertunang, Ayu diasak pelbagai soalan mengenai perasaannya saat sudah bergelar tunangan orang setelah lebih 10 tahun hidup menjanda.
“Agak lama saya hidup sendiri, jadi rasanya seperti mimpi. Bila ada seseorang yang datang dalam kehidupan kita akan pasti rasa berbeza,” ungkapnya apabila ditemui wartawan setempat.
BACA JUGA: Ayu Ting Ting Pilih Tentera Sebagai Bakal Suami. Jodoh Diatur Orang Tua Sendiri
Ayu yang memiliki seorang anak perempuan sempat berseloroh mengatakan yang hatinya yang dahulu kosong kini sudah terisi.
Menyamakan kekosongan itu sehingga bersarang, sambil tersenyum manja Ayu berkata, “Kerana memang sudah lama hati saya kosong, kalau dibuka pasti banyak sarang labah-labah.”
Selain itu, wanita yang kini menginjak usia 32 tahun ini turut memohon agar semua mendoakan agar hubungannya ini lancar kerana dia sudah memutuskan untuk serius ke fasa seterusnya.
Perkenalan bersama tunangnya berlaku singkat dan dipertemukan oleh orang tua masing-masing, Ayu berkongsi yang mereka kenal hanya sebulan sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI