Buat kaum wanita bertudung perasaan rimas, panas, rasa tekanan di bahagian leher dan dada akibat lilitan tudung dan rasa pekak memang perkara biasa.
Semua ini bergantung juga dengan material tudung dan ketebalan mana tudung tersebut diilitkan di kepala.
Benar jangan ketawa! Mungkin lelaki tidak faham apa yang sering dialami oleh pasangan korang, tapi percayalah semua ini memang terjadi!
Tapi bersyukur kerana kini pengasas kosmetik D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan Koleksi terbaru AliffbySha berkolaborasi bersama lima figura selebriti serta personaliti terkenal Malaysia iaitu Nadia Annuar (pengacara), Uyaina Arshad (pengacara), Nabila Razali (penyanyi), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik) dan juga isteri kepada pengasas Abang Terlajak Laris, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Memang tidak dinafikan tudung-tudung yang dipergayakan kepada kami sungguh cantik!
Nah ini dia 5 ciri-ciri tudung koleksi AliffbyScha V Five Inspired Women yang bakal dipasarkan mulai 30 Januari 2018!
1.Anti Pekak!
Hanya gadis bertudung faham apa kaitan helaian tudung dengan ‘pekak’. Ini bermaksud, material kain yang digunakan tidak terlalu tebal sehingga menutup pendengaran seseorang.
2. Sangat Selesa Di Pakai
Tudung bawal bermaterialkan satin silk ini memang lembut dan tidak memanaskan. Selain punyai corak yang cantik, pemilihan jenis kain juga sangat berkualiti dan tidak akan menyebabkan si pemakai rasa rimas mahupun berlengas.
3. Setiap Corak Tudung dan Nama Ada Kaitan Dengan Personaliti Figura!
Menariknya rekaan kali ini, Setiap corak tudung direka khas oleh AliffbySha berinspirasikan personaliti lima figura hebat ini. Malah, nama setiap koleksi setiap selebriti ini juga ada kaitan dengan nama mereka.
- Nadia Annuar: Koleksi Nadeera & Naazneen
- Uyaina Arshad: Koleksi Umairah & Ulya
- Nabila Razali: Koleksi Nafeesa & Naaila
- Joy Revfa: Koleksi Jasmin & Jammana
- Datin Seri Shahida: Koleksi Saarah & Safiya
4.Punyai Bidang Yang Lebar!
Jika korang atau pasangan sangat mementingkan kelebaran bidang tudung, jangan risau tudung koleksi terbaru AliffbySha mempunyai saiz bidang 45”x45”.
5.Material Bagus, Bawah RM100!
Ya, tak tipu! Selain dari mempunyai material tudung dan corak yang terbaik, tudung koleksi AliffbySha V Five Inspired Women ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan serendah RM99 sahaja!
Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri koleksi-koleksi tudung AliffbySha ini!
https://youtu.be/PRMaiLmFptE
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI