“Terbang-Terbang Tembak Tak Matilah Lepas Ni,” – Zulin Aziz Dapat Tawaran Bintangi Filem Tamil, Peminat Minta Jangan Lepas Peluang

Share

Jika anda mengikuti perkembangan Zulin Aziz di platform media sosial, pastinya kalian tahu pelakon dan pengacara itu sering berkongsi video parodinya untuk hiburan netizen.

Video yang disunting menerusi adegan filem Bollywood nyata mencuit hati ramai.

Malah, video parodinya itu juga pernah mendapat perhatian aktor popular bollywood, Arjun Rampal.

Terbaru, Zulin mendedahkan ada menerima tawaran untuk membintangi filem Tamil atau lebih sinonim dipanggil Kollywood.

Menurut Zulin, pengurusnya ada menerima pesanan Whatsapp, bertanyakan mengenai jadualnya sebelum perbincangan lanjut diteruskan.

“Punyalah aku buat video dengan pelakon hindustan, sekali dapat offer filem tamil.

“Lepas ni nak parody Chandramukhi la hehe.

“Ada can tak jumpa Rajnikanth?,” tulisnya.

Berita gembira tersebut dikongsikan Zulin menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur mendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta Zulin supaya tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Sumber: Instagram Zulin Aziz

Published by
Aizam Manaf