Tahniah diucapkan kepada anak sulung kepada aktres popular, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin yang sekali lagi mencatatkan kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.
Kali ini, Rayyan menerima Anugerah Penghormatan Pengetua di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Ia diiktiraf berdasarkan pencapaian baik akademiknya dengan Purata Nilai Gred (PNG) 3.842 dalam peperiksaan Tingkatan 3, Semester 1 untuk tahun 2024.
“Alhamdulillah. Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini. Terima kasih HR Ryan Mami ustazah wakilkan untuk Ryan. Flyhigh Ryan,” jelas Rita.
Berita gembira tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, rata- rata wargamaya yang tumpang gembira turut mengucapkan tahniah atas sukses yang dilakar anak pelakon filem Mami Junior itu. Antaranya;
“Hebat Anugerah Pengetua tu.”
“Tahniah anak dan ibu hebat…”
“Tahun gemilang buat mommy dan anak-anak. Congrats Rita Rudaini.”
“Ibu yang sangat kuat dan anak yang sangat berdisiplin, soleh. Didikan ibu yang hebat.”
“Congrats Ryan! Power ni, sukan well performed. Anugerah Pengetua kaut juga.”
Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah menerima hampir 20,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini