Penampilan pelakon cantik Daiyan Trisha yang muncul mempromosi koleksi Selendang Daiyan by Jovian mencuri tumpuan para peminatnya.
Terdahulu, Jovian dan artis bintang itu pernah berkolaborasi menerusi projek pelitup muka.
“Koleksi selendang ini adalah sebagai penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.
“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian. Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.
“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing” kata Datuk Jovian Mandagie.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut optimis meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.
Ads
Untuk tahun ini, jenama berkenaan melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen.
Ia termasuk Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.
Seiring dengan kempen dilancarkan, Jovian menyasarkan ia sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.
“Saya percaya saban tahun wanita termasuk yang bergelar isteri atau ibu kebiasaannya akan menjadi kepala menentukan perancangan beraya termasuk membeli kelengkapan raya hinggalah pakaian serta barang kemas.
Ads
“Justeru, kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.
“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama. Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,” katanya.
Ads
Menurut Jovian, beliau menerbitkan lebih 40,000 unit keluaran raya termasuk baju, tudung, selendang dan aksesori dengan harga dari RM249 hingga RM999.
Malah ia menawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback selain ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi.
Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan dari harga mampu milik hingga ke premium.
Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
“Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan,” katanya.
Pada Selasa, media melaporkan selebriti lelaki berumur 40-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Negeri Sembilan.
Susulan penangkapan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Difahamkan, lelaki itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Sumber: Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik susulan tindakannya untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Oktober lalu, pelakon, Sarah Hildebrand mengalu-alukan sesiapa yang tidak suka dengan cara kehidupannyanya ketika ini untuk berhenti daripada mengukuti perkembangannya di media sosial.
Menurut Sarah, meski pun setiap orang berhak untuk memiliki pendapat yang berbeza namun kita semua tetap harus menghormati pegangan orang lain.
“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan saya minta kita hormati perkara itu.
“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow. Butang tersebut sentiasa ada,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sarah turut menyeru orang ramai agar lebih berfikiran terbuka terutamanya ketika membahaskan mengenai perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai sensitif.
“Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada anda semua agar sentiasa menyebarkan perkara yang positif, cinta, serta kebijaksaan beremosi dan bukanlah dengan kebencian, membuli dan mengganggu orang lain.
“Silalah belajar untuk berbincang secara terbuka mengenai topik-topik yang penting yang kadang-kala agak susah untuk dibahaskan. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan selain turut mendoakan yang terbaik buat Sarah.
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, hari ini sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Maxime Bouttier dalam satu majlis pernikahan yang penuh adat tradisi.Majlis gemilang...