Penampilan pelakon cantik Daiyan Trisha yang muncul mempromosi koleksi Selendang Daiyan by Jovian mencuri tumpuan para peminatnya.
Terdahulu, Jovian dan artis bintang itu pernah berkolaborasi menerusi projek pelitup muka.
“Koleksi selendang ini adalah sebagai penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.
“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian. Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.
“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing” kata Datuk Jovian Mandagie.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut optimis meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.
Untuk tahun ini, jenama berkenaan melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen.
Ia termasuk Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.
Seiring dengan kempen dilancarkan, Jovian menyasarkan ia sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.
“Saya percaya saban tahun wanita termasuk yang bergelar isteri atau ibu kebiasaannya akan menjadi kepala menentukan perancangan beraya termasuk membeli kelengkapan raya hinggalah pakaian serta barang kemas.
“Justeru, kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.
“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama. Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,” katanya.
Menurut Jovian, beliau menerbitkan lebih 40,000 unit keluaran raya termasuk baju, tudung, selendang dan aksesori dengan harga dari RM249 hingga RM999.
Malah ia menawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback selain ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi.
Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan dari harga mampu milik hingga ke premium.
Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini