
Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.
Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.
“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.
Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.
Video: Instagram Syamel, Era.je
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Dia Terus Layak Jadi Penyampai Berita, Sedangkan Saya Berpeluh Comot,” – Zakiah Anas Imbau Zaman Awal Kenal Aznil Nawawi

Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.
Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.

“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.
“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.
“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah
“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima Kasih Atas Sokongan…,” – Siti Nurhaliza ‘Legacy 30’ Hampir Sold Out! Hebat Aura Biduanita Negara

Tiga dekad meniti perjalanan seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan pengaruh serta kehebatannya apabila tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza kini hampir habis dibeli peminat sebaik sahaja jualan dibuka sejak beberapa hari lalu.
Konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menjadi kemuncak sambutan 30 tahun perjalanan seninya dalam industri hiburan serantau.
Setakat ini, kategori tiket Super VIP, Diamond, Silver, Bronze dan Restricted View telah habis dijual, manakala kategori VIP, Platinum dan Gold pula difahamkan semakin pantas dibeli peminat.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Kuyakini itu memuat naik poster bertulis “Almost Sold Out”.
“Terima kasih di atas sokongan anda semua dengan mendapatkan tiket #legacy30sitinurhaliza. Saya sangat menghargainya.
“Ada beberapa kategori tiket masih ada, jangan lupa dapatkannya nanti,” tulis Siti pada ruang komen.

Satu Pengalaman Berharga
Dalam satu kenyataan terdahulu, Siti menjelaskan konsert ini bukan bertujuan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004.
Sebaliknya, ia adalah untuk memberikan pengalaman yang selesa, epik dan penuh makna kepada kira-kira 60,000 penonton di stadium ikonik tersebut.
Tiket Legacy 30 ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM1,599 menerusi laman rasmi ticket2u.com.
Sehingga kini, hantaran berkenaan telah menerima hampir 8,000 tanda suka dengan ratusan komen daripada peminat dan rakan industri yang sama-sama teruja menantikan konsert mega tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah Kereta Ditarik, Duit Sewa & Rindui Arwah Ibu, “Hanya Mampu Tengok Gambar, Sedekah Al-Fatihah,” – Anak Lelaki Faziani Rohban Bercerita…

Tiada pengubat bagi kerinduan paling dalam kepada ibunda yang telah pergi.
Jelas anak pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Iqbar Hakim Jasman ini, setiap kali kerinduan datang menerpa, hanya foto dan memori teks perbualannya bersama arwah ibu jadi pengubat rindu.
“Setiap kali rindu arwah, saya hanya mampu tengok gambar dan sedekahkan Al-Fatihah. Mesej saya dengan arwah sehingga hari ini saya simpan sebab banyak pesanan di dalamnya.
“Walaupun jasadnya sudah tiada, namun jiwa ibu dalam jiwa saya,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu, Lelaki berusia 22 tahun ini sempat imbau kenangan sewaktu kecil di mana dia dan arwah hidup susah senang senang bersama.
Malah, memori kereta ditarik dan tiada wang untuk membayar sewa rumah cukup kuat terpahat di ingatan.
“Arwah ibu bukan berasal daripada orang senang dan saya sendiri sempat merasai kesusahan bersamanya. Bagi arwah, membesarkan saya bukanlah satu tugas mudah dengan keadaan rumah tangga yang retak, besarkan saya sebagai ibu tunggal, kereta kena tarik, tak ada duit bayar cukai jalan, tak dapat bayar sewa rumah.
“Tetapi ibu tetap kuat kerana anak-anak. Selepas ibu berjumpa dengan ayah tiri, Tuan Haji Rizal, waktu itu mereka sama-sama bina perniagaan dan syukur berjaya sehingga ke hari ini,” katanya.
Usahawan muda ini bercerita ketika ditemui pada majlis minum petang Top Beauty Entrepreneur 2020 bersama majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on
Biarpun masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan, namun berkat didikan arwah yang sering ‘mengheret’nya ke hulu ke hilir demi memberi pendedahan, anak sulung daripada lapan beradik itu kini lebih yakin terajui legasi bisnes ibunya.
“Sejak dahulu ibu selalu heret saya untuk fahami selok belok dunia perniagaan kosmetik. Jujurnya saya tidak minat, saya memang minat berniaga tapi bukan dalam bidang kosmetik.
“Hakikatnya, jalan yang Allah tetapkan cukup cantik. Dalam masa setahun dia ajar saya dan harus akur, di sinilah cerita saya selepas ibu meninggal dunia.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on
“Alhamdulillah adik-adik semua memahami. Cuma adik-adik yang besar agak sukar kerana mereka sedang membesar lebih-lebih lagi adik perempuan.
“Nak jaga adik perempuan bukan senang, dan bila orang tanya bila saya nak kahwin, jawapan saya, tunggu adik perempuan saya kahwin dulu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Iqbar menerima pengiktirafan Inspirasi Nona Beauty Award bagi pihak arwah ibunya, arwah Faziani Rohban Ahmad di majlis berkenaan.
Foto : Instagram Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

