Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.
Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.
“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.
“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.
“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.
Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.
“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.
“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.
“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti ,Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan mendakwa masih bergelar isteri pertama kepada Aslam.
Malah menerusi beberapa foto yang dimuat naik Umisya menerusi Instagram, dia turut menjelaskan dia tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi atas alasan tertentu.
“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami. Yang bertanya, ya. Kami masih bersama.
“Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu. Bukan sebab hendak bersaing, cemburu dan lain-lain.
“Untuk (perkongsian foto) sebagai kenangan dan mengelak fitnah. Hari ini Misya post gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama.
“A wise woman choosing to stop arguing for the sake of Allah, with someone who’s clearly shown they refuse to listen or understand. No hate okay,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, tular video yang merakamkan Marissa yang disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan ibunya, Abby Abadi.
Malah Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum bersalaman dengan Aslam.
Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian penyanyi Korea Selatan, Wheesung, pada awal bulan ini nyata mengejutkan industri hiburan dan para peminat di seluruh dunia.
Terbaru, pihak polis yang menyiasat kes berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan penuh hasil bedah siasat daripada Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS).
Menurut kenyataan rasmi yang dibuat pada Isnin, 31 Mac, pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat dikesan dalam kes kematian penyanyi berusia 43 tahun itu.
Bagaimanapun, demi menjaga maruah mendiang serta menghormati perasaan keluarga yang masih bersedih, pihak polis mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan punca sebenar kematian kepada umum.
Untuk rekod, Wheesung ditemui tidak bernyawa di kediamannya di kawasan Gwangjin-gu, Seoul pada malam 10 Mac yang lalu.
Ketika penemuan mayatnya, tiada tanda-tanda pencerobohan atau kejadian luar biasa ditemui di lokasi kejadian.
Laporan awal daripada NFS sebelum ini menyatakan bahawa punca kematian masih belum dapat dipastikan ketika itu, sekaligus mendorong siasatan lanjut dijalankan.
Imbas kembali, Wheesung memulakan debutnya dalam dunia tarik suara pada tahun 2002 menersi album pertama Like a Movie dan dengan pantas meraih populariti menerusi lagu hitnya Can’t I?.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.