Kematian Shannen Doherty mengejutkan peminatnya di seluruh dunia. Pelakon yang popular dengan siri Charmed dan Beverly Hill, 90210 ini meninggal dunia pada 13 Julai 2024 di kediamannya ditemani ahli keluarga tersayang.

Biarpun sudah diketahui umum menghidap kanser, namun penampilannya sentiasa bersedia, tidak patah semangat dan terus kuat sehingga ke akhir hayat.

Semasa hayatnya, bintang terkenal yang menghembus nafas terakhir ketika berusia 53 tahun itu sangat aktif dalam advokasi dan kempen kesedaran kanser. Dia bahkan menyumbang untuk pembangunan kajian kanser untuk generasi akan datang.

Dalam pada itu ada satu kemahuannya yang tidak sempat menjadi kenyataan. Dalam perkongsian temannya kepada pihak media, Shannen terlalu mahu menjadi seorang ibu.

BACA JUGA: Pelakon Siri Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia Pada Usia 53 Tahun

“Terdesak Mahukan Anak, Ingin Jadi Ibu,” – Impian Tak Tercapai Shannen Doherty Sebelum Meninggal Dunia

Ads

Dia sendiri pernah berkongsi tentang keinginannya itu kepada umum tanpa berselindung. Namun hasratnya tidak kesampaian dek usia dan penyakit yang dihidapi.

“Bukan sahaja saya mahukan anak untuk diri sendiri tetapi untuk suami saya juga. Saya mahukannya untuk perkahwinan kami. Saya mahu dia memiliki sebahagian dari kehendaknya tercapai,” ujar Shannen dalam siaran podcast Let’s Be Clear.

Shannen yang berkahwin kali ketiga pada 2011 mencuba nasib untuk melakukan prosedur IVF, bahkan dia menjalani prosedur itu beberapa kali namun gagal. Kemudiannya usaha tersebut terhenti atas faktor dia mengalamai menopaus dan penyakit kanser payudara.

Menyedari kekangan yang dihadapinya, Shannen walau bagaimanapun tidak pernah berputus harapan.

Ads

“Saya menunggu masa saya, dan dalam masa yang sama, saya mempunyai anak kawan baik saya, dan tujuh anak abang saya. Mereka semua sudah dewasa, tetapi tidak mengapa,” kongsi Shannen lagi tentang isu memiliki cahaya mata.

Ketika hidup, Shannen pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinannya yang ketiga bersama Kurt Iswarienko bertahan 13 tahun. Mereka berpisah pada awal tahun 2024.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Ads

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI