Rata-rata pencinta seni dikejutkan dengan pemergian pelakon Ashraf Sinclair yang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung pada 4.51 pagi, hari Selasa.

Lalu, tular satu rakaman video di laman media sosial yang memaparkan balu kepada Ashraf, pelakon Bunga Citra Lestari serta anak tunggalnya, Noah yang sedang menangis ketika pengembumian Ashraf berlangsung.

Ramai yang terkesan dengan video yang sudah ditonton jutaan kali itu apabila dikongsi seorang pengguna Twitter.

Antaranya ialah vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad yang ada berkongsi serta memberi reaksi terhadap rakaman video berkenaan.

IKLAN

“Terfikir sejenak bila lihat anak ini menangis. Kalaulah aku yang pergi. Kesiannya dengan anak-anak,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi daripada para pengikutnya di platform Twitter.

IKLAN

Terdahulu, Arwah Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, petang semalam.

Ashraf meninggalkan seorang balu, pelakon Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

IKLAN

Sekadar informasi, Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Stacy pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal, 2 tahun.

Pasangan ini turut menjaga seorang lagi anak perempuan.

Foto: Twitter Akim Ahmad, Instagram Stacy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI