“Kena kuarantin dua hari.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Novel Coronavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.

Terdahulu, Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.

View this post on Instagram

#💋• . Tak sangka kita lepas every stage yang Allah bagi dekat kita. Susah , susah , susah, senang susah balik senang sampai sekarang. ( Bukan main banyak susah dari senang, bayangkan ! ) 🤪 But WE DID IT sayang. . Start kenal you 2013 sampai ke 2017 tu banyak lah racun tertelan tapi nasib baik selamat. Ramai yang nak menjatuhkan tapi kita tetap kuat. Ada juga sepanjang berkawan kita buat SALAH dan SILAP tapi tu semua perkara yang mematangkan kita sebagai manusia. . Hari ni 2 tahun kita kawin. Semuanya yang Allah bagi indah. Melimpah2 Allah bagi sampai ada orang baru dalam hidup kita berdua. Orang yang paling terindah. Rasa sedih , happy bercampur macam rojak dah perasaan tu. Rasa tak layak dapat perjalanan indah macam ni. Allah tak pernah salah aturan. Ini yang terbaik untuk kita. 3 tahun masih baru. Semoga kita terus susah & senang sampai you beruban dan berkedut. I akan tetap jaga you ibarat menatang minyak yang penuh. 😝😆 . . Happy Anniversary Daddy @ameenasofia_ , sayang you berdua sampai matik ! 🥰 . @fiziali_ @ameenasofia_

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir alami demam. Sekejap demam dan sekejap baik.

“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.

“Kemudian suhu badan badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simpton-simpton itu (wabak Novel Coronavirus) seperti ada.

“Saya ambil inisiatif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalani ujian saringan.

Ads

“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.

“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.

“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.

“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, sejurus ujian dilakukan, bintang Papa Ricky ini menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.

Ads

“Alhamdulillah, saya disahkan negatif coronavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin selama dua hari di rumah.

“Malah ketika itu pun, saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatanya,” jelasnya lagi yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan dirinya sekeluarga.

Terdahulu menerusi Instagram, Shakilla ada berkongsi mengenai hal sama beberapa hari lalu.

“Sambil memanjat rasa syukur, dia turut menghuraikan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Esa.

Ads

“Betul lah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ni sangat2 berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik. Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik.

“10/3/20 – Negative Covid 19. Syukur, Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH,” tulis Shakilla.

Jadi, pastikan anda selalu rajin cuci tangan, kenakan topeng muka, selain kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengekang COVID-19.

Foto: Instagram Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI