Sebuah rakaman berdurasi 2 minit 50 saat yang memaparkan seorang nenek bersikap panas baran dan memukul cucunya berusia lima tahun hanya kerana tertumpahkan makanan di atas meja makan menjadi tular dan mendapat perhatian para netizen.
Kanak-kanak tersebut dipanggil ke tepi meja lalu dipukul dengan sebatang kayu secara bertubi-tubi. Walaupun si kecil itu menjerit kesakitan namun tidak diendahkannya.
Sempat berkata “Tidak kisah jika video ini di viralkan” kepada si perakam, nenek panas baran ini terus memukul kanak-kanak tersebut dan menamparnya beberapa kali. Bukan itu sahaja, satu tendangan di perut juga sempat melayang tanpa belas kasihan.
Video ini mendapat perhatian ramai sejak si perakam memuat naik video tersebut ke laman sosialnya. Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut hanya dijaga oleh nenek saudaranya untuk sementara waktu .
Berang dengan tindakan tersebut, beberapa netizen yang mengenali dan tinggal berdekatan berkumpul di hadapan rumah nenek tidak bertanggungjawab itu dan meminta penjelasan mengapa kanak-kanak tersebut diperlakukan sebegitu.
Kelihatan ayah si mangsa juga ada di tempat kejadian dan kelihatan sangat berang atas nasib yang menimpa anaknya itu dan tidak menyangka, betapa beraninya nenek tersebut memukul anaknya tanpa belas kasihan.
Setelah kejadian itu berlaku, beberapa keping gambar serta video juga telah dimuat naik untuk perkongsian update tentang kes tersebut. Walaupun mengalami luka teruk sehingga terkoyak kulit di bahagian tangan, kelihatan wajahnya tersenyum tenang menahan kesakitan dan lega diselamatkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azlin Sadari mengesahkan telah menerima laporan tentang kes penderaan kanak-kanak tersebut.
Kini, nenek berusia 62 tahun ini telah ditahan reman mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Jika disabit kesalahan, nenek tersebut bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI