Tergamak Tulis ‘Janna Nick Orang Sakit Mental. Buuuu’ – “Jadi Netizen Semua Benda La Boleh Cakap, Boleh Ulas. Kita Ni Tak Payah Ada Perasaan.”

Share

Meski pernah berkongsi sebelum ini mengenai masalah gangguan bipolar yang dihadapi dan sekaligus memaklumkan tahap kesihatannya, namun Janna Nick berkongsi dia tak terlepas menjadi mangsa buli siber.

Dia didakwa sebagai individu yang mempunyai penyakit mental.

Perkara tersebut didedahkan Janna menerusi Insta Stories yang memuat naik tangkap layar komen pengguna Instagram mengenai hal berkaitan.

“Janna Nick orang sakit mental. Buuuu,” tulis individu terbabit.

Janna turut memberikan reaksi ‘okay’ pada komen tersebut dan mengulas mengenai hal itu secara terperinci.

“KENYATAAN SEKARANG. JADI ARTIS JE TAK BOLEH CAKAP BENDA YANG SALAH. JADI NETIZEN SEMUA BENDA LA BOLEH CAKAP. SEMUA BENDA LA BOLEH ULAS.

“KITA NI TAK PAYAH ADA PERASAAN. YE LAH, DAH JADI PUBLIC FIGURE KAN TERIMA JE LA APA KRITIKAN ORANG…,” tulisnya.

Menerusi beberapa status lain, Janna yang turut menerima beberapa pendapat dari para pengikutnya menerusi Ask Me Question dan turut memberikan reaksi terhadap pendapat yang diberikan peminat.

“Tak payah nak bangga sangat dapat jadi pembuli siber terhebat. Saya tak faham apa kejayaan anda dapat kecam orang. Adakah anda rasa puas dapat komen benda yang negatif. Sangat pelik,” katanya.

Janna pada masa sama turut pelik kerana ada yang sanggup menulis komen buruk semata-mata yang seterusnya turut mencerminkan diri sebenar seseorang itu.

“Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana boleh ada manusia yang pergi ke akaun orang semata-mata nak komen benda yang teruk dan menyakitkan hati.

“Saya pun pengguna media sosial juga tapi tiadalah pergi tengok benda yang kita sendiri tak suka dan komen.

“Benda ini sangat serius kerana boleh mencerminkan hati anda. Saya pun tidaklah baik, tapi kalau benda yang saya suka saya akan komen positif.

“Namun kalau saya tak suka, saya pilih untuk diam. Tidaklah gigih nak muat naik hantaran atau nak kutuk orang,” katanya.

“Sebab itu saya beritahu semua saya ada masalah gangguan bipolar. Bukan sebab nak perhatian anda, tapi sebab nak beritahu.

“Orang yang nampak gembira dan ceria pun boleh ada gangguan mental. Bukan orang pakai baju compang-camping je mental dan gangguan mental tak semestinya gila,” katanya lagi.

Foto: Instagram Janna Nick

Published by
MH