
Pelakon, Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih setelah membaca satu coretan kisah seorang isteri yang didakwa telah menerima kata-kata yang tidak baik daripada suaminya.
Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah berkongsi kisah tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Pagi-pagi lagi mata dah masuk habuk baca coretan ni. Dah macam drama. Namun ianya realiti harini yang memang berlaku di kalangan masyarakat kita.
“Tergamakkah seorang suami yang sepatutnya Syurga buat isteri, melontarkan kata-kata begini pada isterinya. Seolah menidakkan Syurga buatnya. Syurga menidakkan Syurga?,” tulisnya.
Yatt berpendapat, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang suami.
Tambahnya lagi, sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, harus sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik.
“Bukankah kewajiban seorang suami utk melindungi isteri, mendidik, berlemah lembut dan melayani dengan baik termasuk berkata hanya yang baik-baik.
“Jika marah sekalipun, wajarkah seorang suami melontarkan kata-kata begini menafikan Syurga buat si isteri? Adilkah buat si isteri jika si isteri jenis yang taat dan setia.
“Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Isteri adalah Amanah Allah untuk DIBIMBING, DILINDUNGI dan DICINTAI,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Boleh Tidur Terlentang Usai “Facelift”. Kini Titi DJ Tampil Muda Pada Usia 57 Tahun

Penyanyi popular Indonesia, Titi DJ sangat mementingkan penampilannya. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup menjalani pembedahan bagi menjadikan wajahnya tampil lebih muda.
Menjalani pembedahan wajah yang dikenali sebagai facelift, pelantun lagu popular Sang Dewi itu berkongsi kepada umum pengalamannya setelah melakukan pembedahan kira-kira setahun lalu.
“Pada beberapa malam pertama saya tidak boleh tidur terlentang, jadi saya tidur dalam kedudukan setengah duduk.
“Saya juga menggunakan beberapa bantal supaya tidak terlalu banyak berubah kerana ia untuk peredaran darah yang lancar dan mungkin ada kesan jika contohnya tidur telentang boleh membuatkan badan tidak selesa,” kongsinya dalam acara Beauty Talk 2024.
Walaupun begitu, melakukan pembedahan bukanlah tiket untuk rasa selesa. Pemakanan dan gaya hidup perlu dijaga sebaik mungkin.
“Setelah melakukan pembedahan kita harus memerhatikan apa yang dimakan dan menjaga gaya hidup sangat membantu. Misalnya, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol. Kedua-dua ini mempengaruhi hormon. Juga jangan lupa bersukan,” tambahnya lagi.
Biarpun sudah pulih sepenuhnya, Titi DJ menegaskan yang dia tetap melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan tiada kesan sampingan.
Imbas kembali, pembedahan facelift tersebut dilakukan di salah sebuah hospital kecantikan terkemuka di Korea Selatan yang terkenal dengan kepakaran dalam merawat wajah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Persiapan Dilaksanakan Dengan Baik Dalam Jangkamasa 24 jam,” – Noryn Aziz Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan Malam Tadi

Penyanyi Noryn Aziz, 44, mengesahkan dirinya sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Shaik Rizal Sulaiman, 48, pada Selasa, 13 Oktober 2020 di Bukit Damansara.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Noryn menerusi satu kenyataan turut memaklumkan majlis pernikahan dilangsungkan secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
“Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur kapada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Dengan izinNya juga, saya dan suami selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan semuanya.
“Pada malam akad nikah yang diadakan di kediaman suami saya di Bukit Damansara, dengan bermaskahwin sebentuk cincin kepada saya,” katanya.
Noryn menambah, majlis raja sehari itu sepatutnya dilakukan pada 25 Oktober depan, bagaimanapun mereka sepakat untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal.
“Untuk makluman rakan-rakan media, sebetulnya, saya dan suami pada awalnya ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini.
“Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, kami berhasrat untuk hari bahagia dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kami.
“Alhamdulillah segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat2 handai dan juga ahli “team” saya semuanya.
“Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya lagi yang turut mendedahkan dia mengenali suami pada penghujung 2019.
Mengakui kehadiran suami sangat menyenangkan sebelum hanya mengenalinya sebagai rakan biasa, namun Rizal disifatkan sebagai seorang yang positif dan banyak berikan dorongan.
“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih.
“Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat. Keperibadiannya memikat saya.
“Dia seorang yang positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya.
“Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan.
“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu), banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci,” jelasnya yang berdoa agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila
“Tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua.
“Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu, Ia amat memberi makna buat kami.
“Kepada rakan-rakan media, terima kasih atas sokongan dan doa buat kami berdua. Saya cuma berharap perkahwinan kami dapat dihormati tanpa apa apa gosip dan fitnah yang tidak diingini.
“Kami amat pentingkan soal privasi kami secara peribadi dan keluarga amnya,” ujar Noryn yang anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini pada malam bahagianya itu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Positif Saja Ya, Moga Lebih Damai,” – Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping foto bersama pengarah terkenal, Michael Ang menerusi Instagram.
Kongsi penyanyi Jendela Hati ini di ruangan kapsyen, foto throwback itu dirakam sekitar Ramadan lalu.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
“Throwback Ramadhan. Me n my darling @michaelang38 … Buat larian obor dari set GERAKKHAS ke dapur halal michael Ang! Demi mu Mike!!
“Penghijrahan Mike adalah berita yang paling gembira buat saya.. saya ingat lagi, Mike datang ke rumah.. memberi salam. Saya terpaku.. kemudian dia beritahu yg dia dah bergelar Muslim kini. This was last year.. Ya Allahhhh happy nya dan hampir menitis air mata saya mendengar,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang senior ini turut kembali merakam memori puasa bersama Michael.
“Saya teringat 3,4 tahun lalu.. sewaktu pengambaran sebuah telemovie, semasa puasa.. Mike tanya kami yg ada dlm set.. KENAPA PERLU PUASA? SEBAB APA? Kita pun jawablah dengan segala macam ilmu yang ada.. last last dia sound kita.. AHHHH SALAH! AKU YG NON MUSLIM NI PUN TAHU.. KORANG JAWAB APOOOO..?!!
“Time tu rasa nak pelangkung kepala dia pun ada.. tp sbb kami dah saling memahami .. perbincangan panas itu berakhir dgn baik malah menjdi sessi ilmu yg bermanfaat kpd semua.
“Mike mmg suka berdebat tapi dia bukanlah sejenis kalau salah pun nak menang. Kalau salah dia akui, kalau betul, dia fight! Sayang kau Mike!! Kau mmg kawan yang baik.
“Sebenarnya byk cerita kalau nak kongsi pasal anak manja yg bernama @michaelang38 ni. Tapi nanti2 lah ea.. simpan sikit.. nanti kita sambung,” kongsi Erra panjang lebar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan terhadap foto yang dimuat naik.
Malah, ada juga beberapa komen yang ditinggalkan bertanya mengenai hubungannya dengan rakan pelakon, Datin Seri Umie Aida gara-gara status yang dimuat naik pelakon berkenaan, awal semalam.
Meski tidak menyebut nama, namun ada di antara netizen yang membuat kesimpulan sendiri bahawa apa yang berlaku seperti merujuk kepada mereka berdua memandangkan hubungan keduanya cukup akrab.
Tidak meninggalkan reaksi terhadap apa yang ditanya, Erra bagaimanapun dilihat ada meninggalkan komen di ruangan sama beberapa jam lalu.
Namun tidak dapat dipastikan tujuan komen tersebut ditulis Erra.
“Salam semua. Maaf ya. Saya delete mana yang boleh mengundang cerita panjang atau balah-balah. Kita positif saja ya. Moga lebih damai,” tulisnya.
Terdahulu, status Umie yang mengundang tanya tanya peminat di Instagram itu sudah pun dipadam.
Foto: Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI