“Terharu Akhirnya Usaha Keras Kami Terjawab,” – Zoey Rahman Terus Sukses Bisnes Pada Usia 38 tahun, Terima Anugerah Lagi

Share

Pelakon dan usahawan Zoey Rahman bersyukur dan terharu apabila menjadi antara penerima anugerah daripada Yayasan Usahawan Malaysia, baru-baru ini.

Zoey, 38, yang juga CEO Mikaseries Sdn Bhd ialah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur di atas penghargaan ini dan sangat berterima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia.

“Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Mikaseries, agen-agen serta penyokong produk hasilan kami yang sentiasa berada di belakang selama ini.

“Anugerah yang diperolehi ini adalah kejayaan kita bersama dan semoga ia terus menjadi pencetus semangat buat saya untuk terus berjaya dalam perniagaan.

“Saya juga teruja dan terharu kerana akhirnya usaha keras kami selama ini terjawab. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Anugerah disampaikan yang oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razal di Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas.

Dalam perkembangan lain, Zoey turut membuat jualan kurta dengan kerjasama bersama Farel selain menyertai jualan karnival bersempena dengan musim perayaan tahun ini.

“Seperti biasa bila tiba Ramadan, sebagai salebriti dan usahawan, saya cuba ambil peluang untuk meluaskan cabang perniagaan. Tahun ini, saya dan Farel bergabung dalam menghasilkan Kurta Klasik.

“Selain itu, saya juga akan turun menyertai acara Celebfest yang akan berlangsung di Singapura selain Absolut Baazar X Gaya Raya Dan Starvendor di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH