Selebriti dan pempengaruh Indonesia, Fuji atau nama sebenarnya Fujianti Utami Putri, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu peminat di Malaysia dalam sesi Meet & Greet HijabistaHub x Tune Talk Raya Paling Epik di Setia Alam, baru-baru ini.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah pelakon Ipar Adalah Maut, Davida Karamoy, salah seorang ‘muse’ HijabistaHub 2025, Zizan Razak serta Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
“Saya terkejut dan terharu dengan penerimaan baik peminat di sini. Ramai yang datang beri sokongan. Sebelum sesi ini, saya terfikir juga bagaimana nanti reaksi peminat di sini nanti.
“Alhamdulillah, sambutannya baik sekali. Ada yang minta untuk bergambar dan memanggil nama kami. Semuanya okay.
“Malah peminat di sini juga sangat sopan. Jika mahu bergambar, mereka akan tanya (minta izin) terlebih dulu,” kata Fuji yang pertama kali dilantik sebagai duta busana raya di Malaysia.
Pelancaran Ibu Pejabat Baharu
Sementara itu, pelancaran ibu pejabat baharu HijabistaHub juga diumumkan secara rasmi, yang dibina di atas kawasan seluas lebih satu ekar dengan konsep moden, lengkap dengan butik di tingkat bawah.
Pengasas HijabistaHub, Wanie Elena berkata, pelancaran ini melambangkan pertumbuhan pesat syarikat serta komitmen mereka dalam menawarkan fesyen berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Ads
“Sebagai jenama fesyen yang menghargai sokongan pelanggan, kami amat berbesar hati melancarkan ibu pejabat baharu ini serta memperkenalkan kempen ‘Raya Paling Epik!’ tahun ini.
“Kami mahu menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna, bukan sekadar mendapatkan pakaian bergaya dan berkualiti, tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang hadiah impian, termasuk sebuah rumah dua tingkat, kereta, pakej umrah, dan motosikal.
“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang telah menyokong sejak hari pertama,” katanya, sambil disokong Pengerusi HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi.
Ads
Kerjasama Eksklusif
Menurut Ahmad Syafiq, HijabistaHub optimis mahu mengukuhkan jenamanya dengan menjalin kerjasama buat julung kali bersama Tune Talk, jenama telco terkemuka di Malaysia.
Kolaborasi antara dua industri ini bertujuan merealisasikan kempen mega yang menjanjikan ganjaran hadiah lumayan kepada pelanggan.
“Dengan setiap pembelian atau langganan istimewa Tune Talk, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah luar biasa ini, menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna.
Ads
“Lebih menarik, dua duta HijabistaHub dari Indonesia, Fuji dan Davida, kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.
“Jika tahun lalu kami melebarkan sayap ke Thailand dan Singapura, kali ini kami percaya kehadiran mereka akan membawa keterujaan baharu serta mengeratkan hubungan HijabistaHub dengan peminat fesyen di Malaysia dan Indonesia,” katanya lagi.
Sebagai pelengkap, turut diumumkan barisan ‘muse’ HijabistaHub 2025 selain Zizan, iaitu Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz, dan The Sara Sisters.
Sementara pelantikan usahawan kosmetik, Aliff Syukri, sebagai CEO baharu pula diharap dapat membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif.
Acara juga diserikan dengan persembahan penyanyi, Iman Troye yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kecewa apabila niat untuk memberi pengajaran dan didikan untuk anaknya disalah ertikan oleh netizen, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat menangis.
Berkongsi sedutan berita yang memaparkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah memberikan kenyataan mengenai apa yang berlaku, Aliff dilihat cukup sedih.
Dipetik daripada ucapan Wan Azizah, sisasatan telah dilakukan dan tiada kesan negatif kepada Qadejah.
Mengakui tindakan tersebut adalah untuk mendidik anak, namun Timbalan Perdana Menteri ini kurang setuju apabila ia dipaparkan untuk tontonan umum.
Ulasnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil peranan sewajarnya terhadap insiden itu.
“Apa salah sy??
“Sy hanya nak jadi abah yg terbaik utk anak saya cess @qadejah_terlajaklaris …. sy hanya insan biasa. full vedio ada di youtube saya tv terajaklaris.”
Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memaklumkan dirinya sudah berpisah dengan suami, Raf Yaakob.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Menurut Mawar, meskipun sudah berpisah, dia dan Raf akan tetap berbaik dan fokus mereka ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Kami berdua sudah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih tetap berbaik dan selamanya akan begitu.
“Fokus utama kami ketika ini adalah untuk menyediakan sokongan terbaik dan kasih sayang yang anak-anak perlukan.
“Sama sama berjaya besarkan anak-anak adalah perkara yang paling penting dan hal itu yang akan kami usahakan,” tulisnya.
Pada masa sama, Mawar turut berharap agar semua pihak dapat menghormati keputusan tersebut.
“Kepada rakan dan pihak media, hanya ini kenyataan yang kami berdua akan berikan. Harap semua dapat menghormatinya.
“Kepada para pengikut kami di media sosial, kami berharap agar anda semua mendoakan yang baik-baik untuk kami. Jangan buat sebarang spekulasi atau sebarkan perkara tidak benar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong mereka selama ini.
“Kami juga berat hati dan terkilan untuk berkongsi berita ini. Bagaimanapun, ini merupakan jalan terbaik buat kami.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Kata-kata yang baik amat kami hargai,” akhirinya.
Sekadar informasi, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Elyana meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya telah melarikan diri sejak dua minggu lalu.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya yang kelihatan baik dan sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elyana percaya pembantu rumah yang dikenali sebagai Isniwati itu mungkin sudah berada di luar kawasan Kuala Lumpur pada ketika ini.
“Saya terima dia bekerja dengan cara yang sangat baik… tapi dia pergi dengan cara yang sangat tidak baik.
“Dekat rumah bertelekung, sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.
Dalam perkongsian itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan pembantu rumah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam pada waktu malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.