Baru-baru ini , Norman Hakim ada memuat satu keping gambar dia bersama dengan anak lelakinya di akaun Instagram miliknya.
“Tanya Abg @danishhakimofficial “Abg dah ada calon ke?” Rasa2 apa jawapan dia?” tulisnya.
View this post on InstagramTanya Abg @danishhakimofficial "Abg dah ada calon ke?" Rasa2 apa jawapan dia?
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Lantas, Dato Seri Vida turut membalas komen kepada Norman.
“Bagi Cik B lah.. couple” tulisnya.
Daripada insiden itu, netizen terhibur melihat gelagat Dato Seri Vida yang kelakar apabila mahu anaknya, Cik B untuk bercinta dengan anak Norman bernama Danish Hakim.
Alahai awal sungguh Dato Seri Vida nak terima menantu. Dah tak sabar dah nampaknya.
Foto : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.”
Walaupun sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam meninggal dunia, namun karya-karya lawak dan komedi yang dijayakannya terus menjadi antara kenangan terindah buat peminat setianya.
Kehilangan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pastinya lebih dirasai ahli keluarga lebih-lebih lagi balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah berusia tiga tahun.
Hidayah sering berkongsikan perkembangan anaknya itu menerusi laman sosialnya dan baru-baru ini sebuah video di aplikasi TikTok memperlihatkan Hamzah sedang mengucup gambar arwah bapanya cukup meruntun hati netizen.
@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis
Dalam video tersebut, Hamzah dilihat mengucup frame gambar Abam sambil menyebut perkataan ‘Ayah’.
“Kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah.
“Hamzah sayang ayah sentiasa doakan ayah. Al-Fatihah suamiku sayang Syed Umar Mokhtar,” tulis Hidayah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan perkongsian tersebut malah turut mendoakan agar Hamzah menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
“Kesian dia kecil-kecil dah tak ada ayah, kita doakan semua… Al-Fatihah.
“Allahuakbar sayang Hamzah juga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
“Hamzah anak yang baik, jadi seperti ayah Hamzah ya. Al-Fatihah Abam, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Allahu, jatuh air mata aku tengok anak comel ni siap panggil ayah… semoga sihat selalu.
“Anak yang kuat dan ibu yang hebat,” komen netizen.
Sekadar informasi, Abam mendirikan rumah tangga dengan Hidayah, 31, pada Disember 2017.
Allahyarham Abam yang merupakan anggota kumpulan pelawak Bocey menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Jenazah Abam disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Abam Bocik
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Ini Dia 10 Fesyen Pemenang Trofi, Rakan Artis Di ABP33 Malam Tadi, Gaya Mana Satu Paling Fans Suka?
Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) yang bersiaran berlangsung malam tadi di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil sudah pun melabuhkan tirainya.
Penyanyi muda, Haqiem Rusli unggul apabila memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dengan menerima lebih 22 juta undian daripada peminat setianya.
Malah, senarai pemenang lain juga tidak kurang hebatnya.
Apa pun, tahniah diucapkan buat pemenang dan tidak dinafikan, setiap calon lain yang turut tersenarai pun mempunyai kelompok peminat masing-masing.
Pastinya juga, selain senarai penerima trofi, persalinan gaya mereka selain rakan artis yang hadir pun tidak kurang hebatnya.
Agaknya mana satu yang menarik perhatian?
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebab Itu Kehidupan Korang And I Dont Care,” – Setempek Atikah Suhaime Kasi Pesan Pada…
Pelakon sensasi, Atikah Suhaime ada berkongsi video pendek yang dimuat naik Instagram, awal semalam.
Maklumnya, keratan video pendek itu adalah ditujukan khas buat netizen yang suka membawang.
“What ever. Hukum saya, keep on hukum siapa-siapa. Sebab itu adalah kehidupan korang and i dont care,” katanya ringkas.
View this post on InstagramA post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on
Sementara menerusi ruangan kapsyen pula, bintang asal Singapura ini menulis;
“Halo bawang rangers, this is for you. Yassss #netizens #makcikbawang #idontcare and as for my fans, i love you always,” tulis Atikah.
Terdahulu, Atikah dan penyanyi Awi Rafael membatalkan perkahwinan mereka secara mengejut seleas setahun bertunang.
Video berkenaan sehingga kini sudah lebih ditonton hampir 100,00 tontonan dengan pelbagai komen yang ditinggalkan netizen.
Foto: Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI