Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Menerusi entri berkenaan, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz ada berkongsi kisah hidup dan mengenai hubungan percintaan yang terdahulu.
“Terima aku seadanya? Takde maknanya! Depan kita dia ckp okay tp belakang kita kutuk2 kita gemuk. Paling2 pun mengejek kita tembamlah, kenderaan beratlah apa lah.acah2 bergurau hakikatnya dia mmg saja nk ckp kita gemuk.
“Taste dia mmg tembam2 lah kot tp Minah pakai bikini badan lekok yg dia stalk tiap hari. Dia nak minah lekok tp tak dpt jadi dia ok jelah mana ada kot Sampai bila?nak jadi sekadar option utk dia. Hey! tunggu!,” tulisnya.
Di samping itu, pelakon berusia 31 tahun ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa lebih menghargai diri sendiri.
“Sampai dah rasa semangat berkobar2 tu,kau sendri angkat kaki dan nak cari yg lebih baik.Sebab?kau rasa berbaloi ke kau buat mcm2 utk org yg xhargai kau? .
“Buat utk diri sendri.Masih belum terlambat.Tiap hari ade peluang utk ubah cara hidup,pemakanan utk lebih sihat dan yg paling penting taraf keyakinan diri kita .
“Ramai yg tanya saya.Sekadar tanya atau nak ikut saya?Takde sapa nak gemuk dan tak sihat.Kalau nak suruh cerita,semua ada cerita tersendiri.
“Kita yg kena ada usaha.Takde usaha tak jalan.Ibarat tunggu duit jatuh dari langit. Banyak kali gagal tak apa tapi berapa kali kita bangun dan kita cuba tu yg paling penting.
“Mereka nak ketawa dan perlekehkan usaha kita?silakan.Buktikan.kalau gagal buat lg esok.
“Kita buat utk kita.kita nak sehat kita nak cantik. kita buat sampai kita rasa puas hati.
kita yg buat. Kau bukan tak boleh buat tp kau MALAS!,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI