Pelakon, Raysha Rizrose ada berkongsi gambar di Instagramnya semalam yang seterusnya mencuri perhatian ramai.
Foto tersebut melihatkan pelakon berusia 22 tahun itu berkebaya dalam rona jingga bersempena Hari Raya Aidilfitri.
“Drop your funny raya pickuplines here please! Bosey do’oh dok daley kereto on the way kelik Kelatey ni,” tulisnya.
Lalu, gambar tersebut dihujani komen nakal netizen yang memberi pickupline untuk ‘usha’ juara Dewi Remaja 2014/15 itu.
Amboi! Ramai sungguh komen yang ditinggalkan netizen; khususnya lelaki.
Bagaimanapun apa yang lucunya, ada beberapa komen yang ditinggalkan mendapat reaksi Raysha, dijawab dalam nada humor.
Apa pun jangan tidak tahu, Raysha atau nama penuhnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz sudah mempunyai teman istimewa dalam hidupnya.
Difahamkan, Raysha menjalinkan hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri sejak 2013 lalu.
Foto: IG Raysha