Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai kisah rumah tangga chef selebriti, Fikree Aznan bersama bekas isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya.
Malah pendedahan demi pendedahan itu mendapat perhatian ramai pihak, termasuk rakan selebriti.
Lalu baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada bertemu dengan Zuriehan dia sebuah salon kecantikan di sekitar Kuala Lumpur.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil sempat menitipkan kata-kata semangat buat bekas isteri chef Fikree menerusi akaun Instagram miliknya.
“Yesterday I met @zuriehanbenyahya while sending Aura Kasih’s stocks to @salun_abadiindah2 @iena_qistinaMashaAllah…
IKLAN
“cantiknya mata Yan. Such a wonderful lady. We had a good chat, met Jayden as well. Yan, I wish you all the best and may Allah permudahkan segalanya buat you.
“I know numerous genuinely strong women that faced things like you do now and trust me, they do just fine.
“InshaAllah, teruskan dekat dengan Allah, tawakal, terima dugaanNya dengan hati yang terbuka supaya dapat lalui segala cabaran dan dugaan ni dengan tenang dan teruskan dgn penghijrahan ni. I hope we become friends as well cause I love your positive vibes babe!,” tulisnya.
Sementara Faye Kusairi pula mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Foto : Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Hattan mendedahkan dia tidak kisah jika digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.
Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, bagaimapun akui, watak komedi menerusi filem berkenaan hanyalah sekadar lakonan dan tidak terjejas prinsipnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.
“Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.
“Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, filem Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton,” katanya.
Selain Hattan, Gadis Jolubu The Movie yang menjadi karya berteraskan yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau Negeri Sembilan itu menggandingkannya dengan Khir Rahman dan Joey Daud.
Ia turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Bercerita mengenai lakonannya, Hattan berkata, dia tiada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.
“Amat mudah bekerjasama dengan Khir dan Joey walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional.
“Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman,” katanya lagi.
Hattan menambah, banyak insiden melucukan berlaku di lokasi penggambaran filem berkenaan.
“Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu.
“Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan,” katanya.
Berkerja dengan CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.
“Walaupun CL Hor pengarah bukan Melayu, tetapi tidak sukar memahami kehendaknya. CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak,” katanya.
Hattan turut optmis filem terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu bakal mendapat sambutan baik di pawagam.
“Insya-Allah, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap filem tempatan selepas dua tahun berdepan era pandemik, katanya.
Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta dalam laman YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.
Awal malam tadi, gadis yang mulai diperkatakan ramai selepas didakwa kantoi curang dengan lelaki yang didakwa mirip penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memuat naik beberapa insta stories di Instagram.
Menggunakan aplikasi Ask Me Question, remaja itu ada memberikan jawapan terhadap pertanyaan yang dibuat netizen mengenai beberapa perkara, termasuk hal melibatkan Aliff Aziz.
Antaranya soalan yang ditanya ialah ‘mana Aliff Aziz’ dan ini jawapan yang diberikan remaja tersebut.
“Yang kau tanya aku kenapa? Alamak kau, aku pun tak tahu aku tak jaga orang. Aliff Aziz mana ek?,” katanya.
Sementara video seterusnya, ada pula yang tanya sama ada tidakkah isteri Aliff marah andai keluar lewat hingga malam.
Ini pula jawab remaja tersebut;
“Apalah kau ni? Sakai-sakai je. Bila masa pulak aku lepak dengan Aliff?,” maklum gadis yang disapa sebagai Mell.
Bagaimanapun, beberapa jam lalu pula, Mel ada memuat naik status yang menyuarakan tindakan seseorang yang viralkan fotonya hanya kerana hutang.
“Wey kau nak kutip hutang janganla sampai viral gambar aku macam tak ada otak je. Korang tak tahu cerita jangan lebih,” tulisnya.
Lalu, ia disusuli pula dengan beberapa potongan video luahan melibatan isu sama terhadap seorang individu lain.
Terdahulu, remaja berkenaan mulai menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan kantoi dengan lelaki yang didakwa sebagai Aliff Aziz selepas foto selfie mereka bedua mulai viral selepas dikongsi pengguna Twitter.
Foto: Instagram @nismelll__
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun beranggapan kemelut persahabatannya dengan Datuk Farid Kamil sudah berakhir, namun Sofi Jikan mengakui dia masih sukar untuk melupakan apa yang berlaku sebelum ini.
Menurutnya, terdapat beberapa halangan untuknya menjalin hubungan akrab seperti dulu.
Pada masa sama, dia merasakan, agak sukar mencipta keserasian sekiranya digandingkan dalam mana-mana produksi.
“Sukar untuk dapatkan keserasian seperti dulu atau bersahabat kembali seperti dulu.
“Saya juga dah tak ambil hati dan doakan agar dia sentiasa berjaya,” katanya kepada MH.
Sofi atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan ditemui pada majlis tayangan amal filem Jodoh Syaitan, baru-baru ini.
Turut dilakukan pada majlis sama ialah sesi penyerahan sumbangan amal untuk Rumah Anak Yatim Datuk Faridah.
Dalam pada itu, pelakon KL Gangster ini turut menjelaskan tiada isu di antara mereka berdua.
“Kamijuga tak ada isu dan saya tak bermusuh dengannya.
“Sebab semua orang adalah musuh saya. Tidak ada kawan di sekeliling saya,” selorohnya.
Terdahulu, Sofi yang terkenal dengan dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas didapati positif ganja ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid.
Dalam laporannya, Farid didakwa turut menamakan pelakon KL Gangster itu sebagai antara tiga individu disyaki meletakkan dadah dalam minumannya.
Susulan itu, pada 31 Julai tahun lalu, pelakon terkenal dengan tagline “kasi sengat” itu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan ganja, selain diperintah berada bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama tiga tahun.
Dalam perkembangan lain, Soffi membintangi filem Jodoh Syaitan bersama pelakon seperti Aprena Manrose, arwah Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Filem berkenaan telah memulakan tayangan di pawagam seluruh negara sejak 5 Mad lalu.
Sementara itu, Soffi bersama rakan pelakon lain juga memulakan Jelajah Promosi Filem Jodoh Syaitan bermula di Kuantan pada 6 hingga 8 Mac, diikuti Sungai Petani, Alor Setar pada 10 hingga 12 Mac depan.
Kemudiannya, akan bergerak ke Melaka (13 Mac), Batu Pahat (14 Mac) dan Johor Bahru (15 Mac).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan penulis skrip, Erma Fatima menyifatkan drama Lelaki Itu mempunyai mesej yang lebih besar dan bukan hanya sekadar kisah cinta klise yang sering dimainkan di kaca tv.